Tuesday 10 December 2013

SEGALANYA BERMULA DENGAN NIAT IV


Dalam tulisan yang lalu ada saya nyatakan bahawa betapa niat-niat dan tujuan-tujuan yang baik yang diredhai oleh Allah s.w.t, sudah tentu tidak mencemari kemurnian dan keikhlasan hati, di mana tujuan akhirnya adalah untuk mencapai redha Allah azza wajalla.


    Hal ini segaja disisipkan bersama sebagai nota pemikiran dan muhasabah bersama dalam memburu keredhaan Allah azza wajalla. Ini kerana kadang-kadang kita sering diberikan dengan pelbagai gambaran yang melampau tahap manusiawi untuk mencapai keikhlasan. Sedangkan keterangan-keterangan yang wujud dalam al-Quran & al-Sunnah tidaklah sedemikian. 


   Adakalanya gambaran-gambaran kesufian mungkin agak melampau dan telah mencecah batas kudrat insani. Sehingga gambaran memburu mardhatillah itu tidak mungkin tercapai melainkan semua keperluan dan hajat manusia itu perlu dibuang sepenuhnya; seolah-olah menjadi para rahib dan sami-sami; atau ingin menyamai diri mereka dengan tahap malaikat ciptaan ilahi.




  Manusia yang menganggap bahawa dia tidak memerlukan apa-apa daripada tuhannya merupakan manusia yang tertipu dan terlupa terhadap fitrah kejadian sebenarnya yang sangat dan sentiasa berhajatkan kepada tuhannya. Manusia yang menganggap bahawa dia tidak perlu meminta dan berdoa kepada tuhannya adalah manusia yang tertipu dengan kesombongannya, merasa bersih dirinya daripada memerlukan pergantungan dan pengharapan, cuba mengangkat dirinya melebihi dari insan lain untuk mengeluarkan dirinya daripada menjadi sifat hamba. Bagaimanakah manusia mampu untuk tidak mengaharapkan pahala & syurga daripada tuhan sedangkan itulah tempat harapan kembali hamba-hamba yang beriman. Atau bagaimanakah manusia mampu untuk tidak kisah dirinya dihumbankan ke dalam neraka sedangkan ia sangat berharap keselamatan darinya. 


    Sesugguhnya impian-impian dan tujuan-tujuan yang tidak tercela di sisi Allah merupakan impian yang sepatutnya mampu membawa manusia semakin hampir mencapai keredhaan Allah azza wajalla. Maka beramal dan berharaplah dengan keluasan rahmat Allah. Memintalah sebagai hamba yang sentiasa berasa dirinya miskin dan mengaharpkan kekayaan Allah azza wajalla. Percayalah, manusia meskipun mengetahui bahawa dirinya sangat hina, lemah dan berdosa namun tetap mengharapkan keampunan, rahmat dan syurga daripada Allah di akhirat. Apakah mereka yang berasa dirinya tidak mengharapkan apa-apa daripada Allah azza wajalalla merasakan diri mereka telah mulia dan tidak berdosa? Kaya dan tidak berhajat? Sempurna? Jangan berhenti berdoa, dan jangan berhenti berharap, kerana dengan berdoa dan berharap mampu mengekalkan kerendahan seseorang hamba. Sedangkan tuhan sahaja yang tidak pernah berharapkan sesuatu daripada sekalian makhluk-Nya.

(Dalam penulisan yang akan datang sekiranya diizinkan Allah, insha Allah kita akan kongsikan beberapa petunjuk al-Quran dan al-Sunnah berhubung perkara ini)

Thursday 5 December 2013

SEGALANYA BERMULA DENGAN NIAT III



  Hadis berhubung niat ini telah mendapat nilaian yang tinggi di sisi ulama serta sentiasa menajadi perbahasan dalam kalangan ulama baik dari sudut Syariah (Fiqh) mahupun Tasawwuf. 


   Sebahagian ulama seperti al-Imam al-Bukhari rahimahullah telah memulakan karya Sahihnya dengan hadis ini. Hal yang sama telah dilakukan oleh al-Nawawi dalam "Arbain". 

    Menurut sebahagian ulama, hal ini sengaja dilakukan oleh mereka, untuk memperingatkan diri mereka sendiri dan mereka yang sesudahnya, supaya membetulkan niat dalam setiap perkara, termasuklah dalam menuntut ilmu. Berhubung hadis ini 'Abd Rahman Mahdi pernah menyatakan:



"Adalah patut untuk dijadikan hadis ini sebagai permulaan bagi setiap bab"


    Hal ini mungkin boleh membantu setiap penuntut ilmu untuk membersihkan niat di hatinya, dan peringatan ini akan datang setiap kali mereka bertemu  permulaan bab yang baru. Perbahasan-perbahasan berhubung hadis ini boleh ditemui dalam pelbagai karya para ulama dengan huraiaan yang panjang.



Pelbagai Niat dan Tujuan yang Baik 



    Niat sering dikaitkan dengan persoalan keikhlasan, kemurnian, kesucian dan ketulusan hati. Tujuan tertinggi atau terakhir yang ingin dicapai oleh seorang Mukmin tidak lain dan tidak bukan, melainkan untuk menggapai keredhaan daripada Allah azza wajalla. 



    Namun dalam sesetengah usaha yang kita lakukan, kita mungkin mempunyai lebih dari satu niat dan tujuan. Sesugguhnya niat-niat dan tujuan-tujuan yang baik yang diredhai oleh Allah s.w.t, sudah tentu tidak mencemari kemurnian dan keikhlasan hati, di mana tujuan akhirnya adalah untuk mencapai redha Allah azza wajalla. 



  Seorang doktor yang merawat pesakit umpamanya, mempunyai niat untuk membantu masyarakatnya, membangunkan umat dan negaranya, memberikan perkhidmatan terbaik kerana amanah terhadap majikannya, melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakatnya, mencari nafkah untuk menyara kehidupan keluarganya di mana kesemua itu merupakan tujuan yang baik yang sewajarnya akan membawanya mencapai tujuan tertinggi, iaitu mendapat keredhaan Allah s.w.t.


   Hal ini tidak sewajarnya menjadi kontradiks sepertimana yang difahami oleh sesetengah pihak. Insan yang bergelar hamba sememangnya sentiasa berhajat untuk bernaung di bawah kebesaran, kekayaan dan keluasan rahmat Allah s.w.t. Sifat lemah, hina, memerlukan pergantungan, miskin, berharap merupakan sifat-sifat seorang hamba yang diperlukan apabila berhadapan dengan tuhan-Nya. 


  Adalah agak pelik, seorang hamba yang sememangnya berhajatkan segala-galanya daripada tuhan-Nya, namun secara tidak sedar bersifat sombong dan angkuh; atau juga ada yang menyatakan bahawa dia tidak memerlukan semua itu kecuali keredhaan tuhan-Nya semata-mata; atau beramal namun dia tidak berhajatkan syurga kecuali redha tuhan-Nya semata-mata; atau tidak kisah walaupuun berada di neraka sekiranya tuhan redha untuk dirinya berada di sana. Ia adalah sifat yang bersalahan dengan fitrah nurani seorang hamba itu sendiri yang bersifat lemah dan sangat mendambakan segala limpahan rahmat dan kebaikan daripada tuhan-Nya. 


   Sudah tentu, kita sebagai seorang hamba; amat-amat mengharapkan redha Allah s.w.t begitu juga syurga-Nya, sepertimana kita memohon juga perlindungan daripada kemurkaan Allah s.w.t dan neraka-Nya. Hal ini seperti doa yang sering kita panjatkan sebagaimana yang diajar oleh baginda Nabi sallallah 'alaihi wasallam: 

  اللهم إني أسألك رضاك والجنة وأعوذ بك من سخطك والنار
Mafhumnya: " Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keREDHAan-Mu dan SYURGA, dan aku memohon perlindungan-Mu daripada keMURKAan-Mu dan NERAKA"



    Maka apakah berdoa mengrapkan syurga tuhan itu mencacatkan keikhlasan? Dan siapakah pula kita yang miskin dan lemah ini untuk berlagak kaya daripada meminta dan mengharapakan segala-galanya daripada Yang Maha Kaya itu? 

Lihat: 


Segalanya Bermula dengan Niat I:http://notefrommydesk.blogspot.com/2012/10/segalanya-bermula-dengan-niat-i.html

Segalanya Bermula dengan Niat II:http://notefrommydesk.blogspot.com/2012/10/segalanya-bermula-dengan-niat-ii.html
Segalanya Bermula dengan Niat III:http://notefrommydesk.blogspot.com/2013/12/segalanya-bermula-dengan-niat-3.html

Monday 2 December 2013

HARI TERAKHIR KURSUS DI IDFR


         
Alhamdulillah....


     Akhirnya bertemu hari terakhir kursus di IDFR....
Banyak pelajaran yang dipelolehi
 dan banyak pengalaman yang dikongsi...








   


Turut berpeluang untuk bersama dan bertemu kembali sahabat lama semasa pengajian peringkat menengah (Maktab Mahmud) dulu, 

Azziyadi b. Ismail...

Moga ukhuwwah dan persahabatan terus berkekalan 

              ..........................................................................................

KONVOKESYEN USM 2013


Buat Ayahanda dan Bonda yang dikasihi, yang memberikan didikan dan asuhan kepadaku, yang mencorakkan jiwa dan kehidupanku, untuk mencintai Islam dan ilmu agama-Mu.



Ya Allah! Moga sekelumit usahaku ini, mampu untuk dijadikan sebagai amal kebajikan, yang menjadi salah satu sebab perlindungan, rahmat, keampunan dan kasih-sayang-Mu buat mereka.



Buat isteri yang dicintai, ahli keluarga yang disayangi, yang sering memberikan sokongan serta dokongan di sisi, sehinggalah Engkau menyempurnakan usaha ini.


Ya Allah! Moga Engkau jadikan sokongan serta dokongan mereka terhadap usahaku ini, sebagai wasilah keampunan, rahmat, perlindungan dan kasih-sayang-Mu buat mereka.



Dan aku juga berdoa memohon kepada-Mu Ya Allah! Moga Engkau mengurniakan kebaikan untuk semua guru yang mengajar dan mendidikku, dan semua yang membantu dan menghulurkan pertolongan kepadaku.


Ya Allah! Moga Engkau mengampunkan segala dosa kami, menetapkan di atas agama-Mu hati-hati kami, memudahkan segala urusan kami, mengakhiri kehidupan kami dengan amal soleh, dan mengumpulkan kami di akhirat nanti dalam kalangan salihin. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik tempat untuk dipohon pertolongan dan perlindungan.