As-Syatibi rahimahullah ketika membahaskan tentang bid ‘ah dalam kitabnya al-‘Itisam telah mendatangkan dua ta ‘arif yang hampir sama. Kedua-dua ta ‘arif menyatakan bid ‘ah adalah satu jalan ( tariqah ) yang direka dalam agama, yang menyerupai syara’ dengan bertujuan berlebih-lebihan ( mubalaghah ). Perbezaannya cuma wujud apabila beliau meletakkan ta ‘rif yang lebih am pada ta ‘arif yang kedua di mana bid ‘ah boleh berlaku di dalam adat dan mu ‘amalat sepertimana ia boleh berlaku di dalam ibadat dan beliau seterusnya mentarjihkan ta ‘arif ini.
Usaha untuk menilai antara kemaksiatan yang jelas dalil larangannya dan bid ‘ah yang samar dalil keharusannya manakah antara keduanya yang lebih dimurkai oleh Allah s.w.t dan RasulNya bukanlah usaha yang mampu menyelamatkan pelaku-pelakunya dari kemurkaanNya. Sebaliknya apa yang dituntut oleh kita ialah mencari keredhaan Allah dan RasulNya melalui jalan-jalan yang diredhaiNya. Maka penilaiaan yang lebih perlu diberi perhatian ialah apakah amalan-amalan yang dilakukan diterima dan diredhaiNya. Untuk penilaiaan ini ulama meletakkan dua syarat penting dalam penerimaan sesuatu amal ibadat iaitu ikhlas dan mengikut jalan yang disyariatkan oleh Allah dan RasulNya.
Pertama: Ikhlas
Seseorang yang melakukan amalan untuk tujuan yang selainNya maka amalanya tidak akan sampai di sisi Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Kahf ayat yang bermaksud:
Betapa ramai mereka yang bangun mendirikan solat di kala malam namun mereka tidak mendapat apa-apa melainkan penat dan lelah semata-mata. Dan betapa ramai mereka yang berpuasa di kala siang namun tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.
Kedua: Menepati Apa yang Disyariatkan
Selain ikhlas amalan tersebut perlulah menepati apa yang disyariatkanNya. Sabda baginda Rasulullah sallallah alaihi wasallam yang bermaksud:
( Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi: Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita,maka ia tertolak. )
Betapa malang dan ruginya seseorang itu sekiranya dia melakukan amal yang tidak disyariatkanNya dengan tujuan mencari keredhaanNya kerana amalanya itu tertolak dengan sendirinya. Bertambah malang lagi sekiranya dia menganggap amalannya itu mampu menghasilkan pahala sedangkan dia melakukan usaha yang sia-sia. Berganda tambah malangnya sekiranya dia menyandarkan amalan tersebut kepada kalam baginda sedangkan baginda tidak pernah memperkatakannya maka dia menempah tempat di neraka. Sabda baginda Rasulullah sallallah alaihi wasallam:
Syurga dan Neraka
Sebahagian masyarakat menimbulkan pertanyaan:'Adakah dengan sebab bidaah tersebut orang-orang dahulu seperti datuk nenek kita akan ditempatkan ke neraka?” Maka ingin dinyatakan di sini bahawa untuk berbicara tentang di manakah setiap seorang dari kita akan ditempatkan di akhirat nanti bukanlah urusan hamba.

“.. Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang salih dan janganlah ia mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya." ( 110, Surah Al-Kahf )
Betapa ramai mereka yang bangun mendirikan solat di kala malam namun mereka tidak mendapat apa-apa melainkan penat dan lelah semata-mata. Dan betapa ramai mereka yang berpuasa di kala siang namun tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.
Kedua: Menepati Apa yang Disyariatkan
Selain ikhlas amalan tersebut perlulah menepati apa yang disyariatkanNya. Sabda baginda Rasulullah sallallah alaihi wasallam yang bermaksud:
Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.
( Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi: Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita,maka ia tertolak. )
Betapa malang dan ruginya seseorang itu sekiranya dia melakukan amal yang tidak disyariatkanNya dengan tujuan mencari keredhaanNya kerana amalanya itu tertolak dengan sendirinya. Bertambah malang lagi sekiranya dia menganggap amalannya itu mampu menghasilkan pahala sedangkan dia melakukan usaha yang sia-sia. Berganda tambah malangnya sekiranya dia menyandarkan amalan tersebut kepada kalam baginda sedangkan baginda tidak pernah memperkatakannya maka dia menempah tempat di neraka. Sabda baginda Rasulullah sallallah alaihi wasallam:
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”. (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka) Hadith ini adalah mutawatir (lihat: Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadith, m.s. 239, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu`asarah, Beirut)
Syurga dan Neraka
Sebahagian masyarakat menimbulkan pertanyaan:'Adakah dengan sebab bidaah tersebut orang-orang dahulu seperti datuk nenek kita akan ditempatkan ke neraka?” Maka ingin dinyatakan di sini bahawa untuk berbicara tentang di manakah setiap seorang dari kita akan ditempatkan di akhirat nanti bukanlah urusan hamba.
Setiap dari kita mungkin dimasukkan ke dalam syurga dengan satu pahala atau mungkin dimasukkan ke neraka dengan satu dosa dengan pertimbangan rahmat Allah yang maha adil dan bijaksana. Adakalanya dosa yang dianggap kecil menjadi sebab untuk mendapat azab Allah Taala, dan adakalanya pahala yang dianggap kecil menjadi sebab rahmat Allah kepada hambaNya. Ini dapat dipelajari dari sabda baginda sallallah ‘alaihi wasallam:
Imam Muslim meriwayatkan bahwa Rasulallah dan sahabatnya pernah melewati salah satu kuburan Muslimin. Setelah memberi salam kepada ahli kubur, tiba-tiba Rasulallah berhenti di dua kuburan. Kemudian beliau berpaling kepada sahabatnya dan bersabda: 'Kalian tahu bahwa kedua penghuni kuburan ini sedang diazab di dalam kubur? Mereka tidak diazab kerana dosa-dosa dan kesalahan mereka yang besar. Akan tetapi mereka diazab karma dosa-dosa dan kesalahan mereka yang kecil. Yang pertama diazab kerana suka berbuat namimah (mengupat orang) dan yang kedua diazab karna tidak beristinja'
Maka dalam hadis tersebut baginda nabi menyatakan bahawa mereka ini diazab bukanlah dengan sebab dosa yang besar cuma kerana perbuatan namimah dan tidak beristinja dengan baik.
Berkaitan dengan keluasan rahmat Allah Taala pula terdapat satu hadis yang menceritakan bahawa seorang yang memberi minum anjing juga turut mendapat ganjaran di sisi Allah Taala.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: 'Seorang lelaki sedang berjalan lalu dia berasa haus dan pergi ke dalam sebuah perigi dan minum air daripada perigi tersebut. Ketika keluar dari perigi tersebut, dia terlihat seekor anjing termengah-mengah dan makan lumpur kerana sangat haus. Lelaki itu berkata, 'Anjing ini menderita masalah yang sama seperti aku.’ Jadi dia (turun ke dalam perigi itu), mengisi kasutnya dengan air, menggigit kasut itu dengan giginya dan memanjat naik dan memberi minum anjing itu. Allah berterima kasih atas kebaikannya dan memaafkannya. Orang bertanya: 'Wahai Rasulullah! Adakah pahala untuk kami kerana memberi layanan baik kepada binatang?' Baginda menjawab. 'Benar, ada pahala kerana memberi layanan baik kepada mana-mana binatang' (Hadith Riwayat al-Bukhari, Jilid 3, Bab 40, Hadith nombor 551).
Satu titik persamaan antara bid’ah dan kemaksiatan ialah keduanya merupakan perkara yang tidak diredhai oleh Allah dan RasulNya. Namun terdapat beberapa ciri-ciri khas bagi bid ‘ah antaranya ialah:
a) Seorang muslim yang melakukan maksiat tidak beranggapan bahawa perbuatan maksiatnya itu merupakan perbuatan yang diredhai Allah s.w.t. melainkan dia adalah orang yang jahil, berlawanan dengan pelaku bid‘ah yang beranggapan bahawa perbuatan bid ‘ahnya itu merupakan perbuatan yang diredhai oleh Allah.
b) Kemaksiatan secara umumnya dapat difahami larangannya dari dalil-dalil yang terang sepertimana perkara-perkara yang disyariatkan juga dapat difahami dari dalil-dalil yang jelas berbanding perbuatan bid ‘ah yang keharusannya terpaksa bersandarkan dari dalil yang samar atau jauh.c) Oleh kerana perbuatan bid ‘ah memerlukan dalil yang jauh untuk disandarkan maka selalunya dalil tersebut berhajatkan kepada takwilan, tafsiran atau mafhum untuk disesuaikan maknanya. Keadaan ini menjadikan takwilan ini menerima kemungkinan betul atau salah dengan kehendak sebenarnya.
Penutup
Meskipun terdapat sebahagian ulama yang membahagikan bidaah kepada dua, bidaah hasanah dan bidaah mazmumah, namun contoh-contoh yang didatangkan oleh mereka tentang adanya bidaah hasanah tidak menunjukkan ianya bidaah disisi mereka yang mengingkari adanya bidaah hasanah. Dalam erti kata yang lain contoh-contoh tersebut bukannya bidaah kerana terdapat asalnya dalam syara’ maka ia tidak boleh menjadi bukti adanya bidaah hasanah. Maka kami menganggap ianya adalah khilaf lafzi yang menunjukkan bidaah dari sudut bahasa.
Adapun saya mempunyai kecenderungan untuk bersama al-Imam as-Syatibi dan ulama-ulama yang menyatakan tiadanya bidaah hasanah, sependapat dengan Dr Wahbah az-Zuhaili ( rujuk bukunya: al-Bida’ al-Munkarah ) dan Dr Yusof al-Qardhawi ( rujuk bukunya: as-Sunnah wal Bidaah ) dan mereka yang sependapat dengan mereka.
Untuk setiap perselisihan pendapat adalah menarik untuk kita menatapi pendirian Imam al-Banna:

'Kata-kata manusia boleh diterima dan ditolak kecuali kalam m’asum Rasulullah sallallah alaihi wasallam. Segala yang datang dari generasi silam yang diredhai oleh Allah jika bertepatan dengan kitab dan sunnah kita terima. Jika tidak, kitab Allah dan sunnah RasulNya lebih utama untuk diikuti. Walaubagaimanapun kita tidak akan mengecam atau mengkritik mana-mana individu yang tidak sependapat. Kita serahkan kepada niat mereka.….'
Dalam usul yang kesebelas dari Usul Isyrin beliau ada menyentuh berkaitan perkara bidaah ini:
'Setiap bid ‘ah dalam agama Allah tidak mempunyai asas sama sekali yang dipandang baik oleh manusia hanyalah menurut hawa nafsu mereka, samada dengan cara menambah atau mengurangkannya adalah kesesatan yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang paling baik sehingga tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari bid ‘ah itu sendiri'
Sesugguhnya yang jelas dan terang itu meyakinkan kita, sementara yang samar itu meragukan kita. Mudah-mudahan kita mendapat petunjuk dari Allah S.W.T dan RasulNya. Amin.