Showing posts with label Ucapan dan Sebaran. Show all posts
Showing posts with label Ucapan dan Sebaran. Show all posts

Tuesday, 25 March 2014

Terima Kasih buat Warga Pusat Islam UPM!





Terima Kasih diucapkan,

Atas tali Ukhuwwah yang dihulur,
Atas komitmen & sokongan,
Yang tidak mungkin mampu dibayar,










Terima kasih diucapkan,
Atas doa dan sokongan,
Moga segala kebaikan dibalasi tuhan,









Maaf juga dipohon,
Atas segala kesalahan & kesilapan,
Samada disedari atau tidak disedari,
Dilakukan atas kelemahan diri seorang insan,

Moga kita bertemu lagi insha Allah dalam Iman, di bawah lembayung rahmat serta kasih-sayang tuhan



Wednesday, 2 October 2013

My Tazkirah 006: Bercakap dan Diam


Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam, dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan jiran tetangganya dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”.

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Wednesday, 25 September 2013

My Tazkirah 003: Amal yang Dicintai oleh Allah


Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya: “Bebanilah diri kalian dengan amal yang SESUAI dengan kemampuan kalian, kerana Allah tidaklah bosan sampai kalian merasa bosan. (Ketahuilah bahwa) AMALAN YANG PALING DICINTAI oleh ALLAH adalah AMALAN YANG BERTERUSAN (BEKEKALAN KONSISTEN) WALAUPUN SEDIKIT.” (Riwayat Abu Daud, al-Nasa‘i dan Ibnu Majah)

Wednesday, 27 March 2013

My Tazkirah 002: Berpegang Teguh dengan Kebenaran


Rasulullah s.a.w. bersabda “Hendaklah kalian berpegang teguh dengan KEBENARAN. Sesungguhnya KEBENARAN adalah membawa kepada kebajikan dan KEBAJIKAN membawa ke SYURGA. Sesungguhnya sentiasalah seseorang itu berlaku BENAR dan selalu memilih KEBENARAN sehingga tercatatlah dia disisi Allah sebagai seorang yang BENAR (jujur). Sesungguhnya DUSTA membawa kepada KEJAHATAN, dan kejahatan membawa kepada NERAKA. Sesungguhnya sentiasalah seseorang itu BERDUSTA dan selalu memilih dusta sehingga tercatatlah dia disisi Allah sebagai seorang PENDUSTA (Riwayat al-Bukhari)

Thursday, 14 March 2013

My Tazkirah 001: Setiap Amal Bergantung pada Niat


Mafhumnya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niatdan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan..“ (Riwayat al-Bukhari

Setiap orang akan mendapat habuan mengikut apa yang diniatkannya. Maka sesiapa yang berniat melakukan sesuatu kerja atau amal kerana kepentingan dunia, maka dia akan mendapat habuan untuk tujuan keduniaannya. Begitu juga mereka yang yang berniat melakukan sesuatu amal untuk Allah dan hari akhirat, maka baginya kerdhaan Allah dan ganjaran di hari akhirat.

Monday, 2 July 2012

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

قال جابر : إذا صمت فليصم سمعك و بصرك و لسانك عن الكذب و المحارم و دع أذى الجار و ليكن عليك وقار و سكينة يوم صومك و لا تجعل يوم صومك و يوم فطرك سواء
  
   Apbila kamu berpuasa, maka hendaklah kamu berpuasa telingamu, pandanganmu, lidahmu dari pendusataan  dan perkara-perkara yang diharamkan, dan tinggalkan menyakiti jiran, dan hendaklah kamu menjadikan dirimu orang yang sopan dan penuh ketenangan pada hari berpuasamu. Dan janganlah kamu jadikan hari puasamu sama seperti hari kamu tidak berpuasa