Showing posts with label Politik dan Pemikiran. Show all posts
Showing posts with label Politik dan Pemikiran. Show all posts

Monday, 6 December 2010

WHAT IS AN ENCYCLICAL?


A Papal Encyclical is the name typically given to a letter written by a Pope to a particular audience of Bishops. This audience of Bishops may be all of the Bishops in a specific country or all of the Bishops in all countries throughout the world. 


A more complete description can be found in the Catholic Encyclopedia entry

"According to its etymology, an encyclical (from the Greek egkyklios, kyklos meaning a circle) is nothing more than a circular letter. In modern times, usage has confined the term almost exclusively to certain papal documents which differ in their technical form from the ordinary style of either Bulls or Briefs, and which in their superscription are explicitly addressed to the patriarchs, primates, archbishops, and bishops of the Universal Church in communion with the Apostolic See. By exception, encyclicals are also sometimes addressed to the archbishops and bishops of a particular country."

The 1917 Catholic Encyclopedia entry on Bulls and Briefs further explains other papal documents:

"In official language papal documents have at all times been called by various names, more or less descriptive of their character. For example, there are "constitutions," i.e., decisions addressed to all the faithful and determining some matter of faith or discipline; "encyclicals," which are letters sent to all the bishops of Christendom, or at least to all those in one particular country, and intended to guide them in their relations with their flocks; "decrees," pronouncements on points affecting the general welfare of the Church; "decretals" (epistolae decretales), which are papal replies to some particular difficulty submitted to the Holy See, but having the force of precedents to rule on all analogous cases. "Rescript," again, is a form applicable to almost any form of Apostolic letter which has been elicited by some previous appeal, while the nature of a "privilege" speaks for itself. But all these, down to the fifteenth century, seem to have been expedited by the papal chancery in the shape of bulls authenticated with leaden seals, and it is common enough to apply the term bull even to those very early papal letters of which we know little more than the substance, independently of the forms under which they were issued."

HASAN TURABI DI DALAM BUKUNYA BERTAJUK “TAJDID USUL FIQH AL-ISLAMI"

    Dua tahun lalu saya telah membaca tulisan Hasan Turabi di dalam bukunya bertajuk “Tajdid Usul Fiqh al-Islami”. Di dalam bukunya itu beliau memberi fokus terhadap satu bidang yang amat memerlukan Tajdid iaitu dalam bidang Usul Fiqh Islami. Menurut beliau menjadi kemestiaan untuk menjadikan ilmu Usul Fiqh sebagai ilmu yang mampu dihubungkannya dengan realiti kehidupan. Ini adalah disebabkan permasalahan-permasalahan Usul Fiqh yang lampau telah diambil secara terasing sehingga menjadikan ianya perbahasan-perbahasan teori yang mandul serta hampir-hampir tidak melahirkan Fiqh namun sering melahirkan perdebatan yang tidak berkesudahan. Oleh kerana sifat Fiqh itu sendiri yang sentiasa hidup dan berkembang berhadapan dengan permasalahan-permasalahan semasa maka menjadi kemestian untuk ilmu Usul Fiqh itu turut berkembang bersama Fiqh yang hidup.

    Dari karya ringkas yang telah dihasilkan beliau ini dapatlah disimpulkan bahawa pada peringkat awalnya terdapat satu saranan penting yang cuba diketengahkan iaitu pembaharuan dalam Usul Fiqh. Setelah sekian lama ilmu Usul Feqh klasik terperangkap dalam perbahasan-perbahasan teori yang hanya melahirkan banyak perdebatan yang tidak berkesudahan maka Tajdid dalam bidang Usul Fiqh mengajak kepada sebuah anjakan perubahan dari perbahasan-perbahasan teori yang mati kepada melahirkan natijah Fiqh yang hidup serta bersifat realiti dan semasa. (Ia adalah sesuatu yg. saya akui berdasarkan pengalaman pengajian Dirasah Nassiyah dari perbendaharaan kitab-kitab lama)

    Jika ditinjau pada peringkat awal penulisannya itu amat sukar untuk dipastikan sejauh mana maksud saranan tersebut serta ke arah mana pula halatuju pembaharuan itu akan dibawa. Apakah aspek pembaharuan yang dimaksudkan itu ialah dalam kaedah pembelajaran ilmu Usul Fiqh sahaja atau merombak langsung asas-asas kukuh dalam ilmu Usul Fiqh itu sendiri. Sekiranya aspek pembaharuan yang dimaksudkan ialah dalam kaedah pembelajaran ilmu Usul Fiqh sahaja maka perkara ini sebenarnya pernah juga disentuh secara tidak langsung oleh beberapa tokoh dan pemikir Islam berkenaan pembaharuan dalam kaedah pengajian dan pembelajaran ilmu-ilmu Syariah.

   Namun pada peringkat akhirnya perkara ini terjawab apabila beliau melontarkan idea supaya diperluaskan Ijtihad terhadap sumber-sumber pengeluaran hukum itu sendiri seperti Ijm‘a dan Qiyas. Dengan ini karya beliau bukan sekadar tidak lebih dari memfokuskan pembaharuan dalam ilmu Usul Fiqh malah sekana-akan meruntuhkannya pula.

   Sehingga kini saya masih tercari-cari maklmuat lanjut berkenaan pandangannya tersebut, apakah hanya sebagai cetusan idea yg. telah terkubur atau diteruskan, atau mendapat pandangan pemikir lain dari dimensi yg. berbeza

Tuesday, 30 November 2010

RASIONALISME

    Perkataan rasionalisme atau perkataan Inggerisnya rationalism dikatakan berasal dari perkataan Latin ratio di mana ia telah diistilahkan secara umum sebagai fahaman yang menjadikan panaakulan akal berdasarkan alasan (reason) atau logik sebagai asas yang sangat penting dalam diri manusia dalam melakukan sesuatu pertimbangan.

    Konsep utama yang menjadi pegangan fahaman ini ialah kepercayaan terhadap kemampuan dan autoriti akal fikiran (alasan) untuk menyingkap ilmu dan kebenaran. Rasionalisme juga berkeyakinan bahawa daya intelek yang wujud secara semulajadi dalam diri manusia iaitu akal mampu mencari dan menanggapi kebenaran dan ia juga dianggap sebagai sumber tertinggi untuk mendapat kebenaran dan mencapai segala ilmu pengetahuan. 


   Oleh itu di dalam Kamus Dewan perkataan ini telah mendifinasikan sebagai fahaman yang menganggap bahawa taakulan adalah asas yang paling baik dalam melakukan sesuatu tindakan, menyelesaikan masalah dan sebagainya.Secara tidak langsung pemikiran ini menolak sumber-sumber ilmu pengetahuan yang tidak didirikan berasaskan nilai-nilai saintifik seperti wahyu dan mukjizat.



    Dalam skop falsafah pemikiran yang sempit pemikiran rationalism ini telah disandarkan kepada seorang ahli falsafah Barat yang dianggap sebagai pelopor bagi pemikiran ini iaitu RenĂ© Descartes (1596-1650). Pemikiran ini telah dikembangkan oleh tokoh-tokoh lain kemudiannya seperti Baruch Spinoza (1632-1677) dan Gottfried Wilhelm Leibniz (1646-1716). 

    Sementara dalam skop yang luas ia telah diterima sebagai semangat keyakinan yang berhubung dengan zaman enlightenment yang percaya kepada fakta saintifik, moral dan perkembangan sosial. Manakala dari sudut teologi ia turut dianggap sebagai pendekatan yang bertentangan dengan kepercayaan wahyu atau autoriti keagamaan. Maka dalam skop yang luas tersebut fahaman rasionalisme ini tidak dianggap berbeza dari aliran-aliran lain seperti empiricism Thomas Hobbes (1588-1679) dan John Locke (1632-1704) yang turut menerima pengalamaan pancaindera sebagai salah satu sumber pengetahuan lain selain akal fikiran.

Thursday, 3 September 2009

MENGHAYATI KEMERDEKAAN: DARI ERA KEBANGSAAN MENUJU ERA KEISLAMAN

Tiada siapa yang boleh menyangkal perjalanan sejarah yang telah pun tercatat. Perjuanganyang dilakukan oleh mereka yang dahulu dalam menuntut kemerdekaan tanahair merupakan sebuah pengorbanan yang wajar untuk dihargai, meskipun sejarah dan peristiwanya hanya seskali dikenang oleh generasi hari ini. Itulah hakikat sejarah, ia telahpun berlalu dalam lipatan masa yang ditinggalkan. Maka tidak wajar untuk manusia yang ditakdirkan Allah untuk hidup di masa dan ketika ini, asyik terkenangkan sejarah sehingga menjadikan dirinya tertinggal di masa yang lalu, sehingga dia melupai hakikat dan realiti perjuangan yang perlu ia tempuhi hari ini. Kita membaca sejarah bukan untuk berada di belakang masa, tetapi untuk mempelajari sesuatu dari masa lampau bagi menghadapi realiti hari ini dalam ruang masa yang berbeza. Herodotus yang mendapat gelaran bapa sejarah menyatakan: Sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban.

Mereka yang mengabaikan sejarah adalah mereka yang tidak menghargai pelajaran dan pengalaman yang ditinggalkan oleh generasi yang lalu. Mereka merasakan bahawa kehidupan yang mereka lalui hari ini adalah di zaman yang serba canggih dan maju berbanding dahulu. Maka bagi mereka tidak ada gunanya bercakap tentang sejarah kerana ia telahpun berlalu. Mereka cuma berminat untuk berhujah dengan kenyaaan-kenyataan hari ini tanpa melihat pengalaman semalam yang amat berharga untuki dijadikan pelajaran dalam kehidupan. Begitulah sikap sesetengah manusia yang angkuh dan ego di setiap zaman. Mereka menyangka zaman mereka adalah yang termaju dan tercanggih. Sedangkan ukuran kemajuan itu cuma diukur dari beberapa sudut tertentu mengikut pemikiran mereka yang terbatas. Maka dalam setiap tamadun manusia terdapat persepsi segolongan manusia yang menganggap bahawa tamadun mereka adalah yang terhebat.


Dari penjuru lain, terdapat juga kelompok manusia yang terlalu mengagungkan sejarah sehingga menjadikan ianya sebagai ramalan untuk menentukan masa depan yang masih ghaib di sisi Allah azza wajalla. Sesungguhnya dalam banyak perkara dan keadaan, sifat keterlaluan amatlah tidak baik. Oleh itu Islam mengambil pendekatan yang sederhana. Sesebuah tamadun yang terbina kukuh adalah mungkin dari hasil kesinambungan beberapa generasi dari beberapa masa dan zaman. Umat Islam tidak sewajarnya melemparkan keilmuan dan pengalaman masa lalu yang begitu berharga, melainkan mencari kesinambungan di antara keduanya untuk berhadapan dengan realiti hari ini. Al-Quran sentiasa menganjurkan kita mengambil 'ibrah (pengajaran) dari kisah-kisah masa lalu seperti firmanNya:

“Maka ambillah (Kejadian itu) untuk menjadi pengajaran wahai orang-orang yang mempunyai mata hati.” (al Hasyr: 2)

Al-Quran mengungkapkan dengan pesanan 'Fa’tabiru Ya Ulil Absor’, dan ambillah iktibar wahai orang yang berfikir. Iaitu orang yang disifatkan mempunyai bashiroh atau mata hati. Dalam memberi makna ‘Fa’tabiru’ sebahagian ulama usul menafsirkannnya sebagai ‘Faqisu’ yang bermaksud maka kiaskanlah, kiaskanlah peristiwa yang lalu itu terhadap diri kamu, mudah-mudahan kamu beroleh peringatan dan pelajaran.

Pengulangan Sejarah

Sejarah secara hakikatnya memang tidak berulang, maka oleh itu ia dinamakan sejarah bersama rekod tarikh dan peristiwanya yang telahpun berlalu. Namun apa yang mungkin kembali dan berulang adalah tabiat dan fitrah manusia yang hampir sama di setiap zaman dan masa. Meskipun berhadapan dengan wajah peradaban zaman yang berbeza, namun terdapat sunnatullah terhadap alam ini yang perlu diperhatikan. Sekiranya sifat dan tabiatnya cukup secara ukuran hukum akal untuk menghasilkan kejadian-kejadian yang hampir sama yang pernah berlaku dalam sejarah manusia, maka bagi Allahlah di tanganNya segala kekuasaan. Apa yang pasti, kitaran perjalanan kehidupan dan jatuh bangun sesebuah bangsa ini sentiasa dipergilirkan oleh Allah ke atas umat manusia. Mafhum firmanNya yang bermaksud:

"Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)” (Ali Imran 3:140)

Walaubagaimanapun mengenai teori pengulangan sejarah (Repeating History) ini pernah menjadi tajuk perbincangan di kalangan ahli sejarah. Apakah peristiwa-peristiwa sejarah yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu boleh berlaku pula pada masa-masa yang berlainan. Ini kerana sejarah itu dianggap sebagai suatu gejala yang berulang-ulang di mana sesuatu peristiwa itu berlaku berulang kali di dalam satu proses kitaran yang saling berkaitan serta silih berganti, samada berulang secara keseluruhannya ataupun sebahagiannya.

Menghayati Perjuangan Kemerdekaan

Menghayati kemerdekaan bukan sekadar untuk menjadikan ia hanya sebagai sesuatu yang indah dikenang kerana telah berlalunya masa, atau merasa cukup dengan apa yang ada tanpa perlu berbuat apa-apa, kerana sifat yang sedimikian itu adalah sifat mereka yang tidak memiliki roh perjuangan, semangat untuk membuat pembaharuan dan penambah-baikan. Ia adalah sifat yang lesu dari menghayati nilai perjuangan itu sendiri. Sifat bagi sesebuah perjuangan adalah sentiasa memiliki penerusan, istiqamah dan kesinambungan. Dan inilah yang sentiasa diteruskan oleh generasi-generasi yang sedar akan sebuah tuntutan dan tanggungjawab terhadapa agama, bangsa dan negaranya.

Dari Era Kebangsaan Menuju Era Keislaman

Perjuangan di tanah Melayu sejak sebelum Merdeka sememangnya telah dipengaruhi oleh beberapa corak perjuangan. Namun di saat-saat negara hampir mencapai kemerdekaannya dari jajahan British, perjuangan yang bersifat nasionalisme dan kebangsaan berjaya menerajui pemikiran umat Melayu ketika itu. Lantaran itu corak-corak lain yang seperti komunisme dan keislaman telah dipinggirkan. Adapun komunisme adalah amat jauh untuk beradaptasi dengan peradaban bangsa Melayu. Sementara pemahaman dan pengamalan tentang Islam ketika itu masih berada di tahap yang terumbang-ambing dan sukar untuk dipercayai masyarakat mampu menerajui kepimpinan negara. Maka semangat kebangsaan adalah semangat yang berjaya diterima secara kebanyakannya ketika itu.



Dengan pemberian definisi yang mungkin terdapat perbezaan terhadap maksud kebangsaan itu sendiri oleh beberapa tokoh tertentu mengikut pemahaman mereka, namun hakikatnya elemen bangsa sememangnya tidak dapat dinafikan terjelma di dalamnya. Hans Korn dalam bukunya The Idea of Nationalism umpamanya mendifinasikan nasionalisme sebagai suatu keadaan fikiran seseorang yang menekankan kepada perasaan cinta terhadap ibu pertiwi, mempunyai kebudayaan yang sama, serta kesetiaan terhadap agama dan keturunan. Perasaan cintakan negara dan tanahair adalah suatu fitrah sedia tertanam dalam diri manusia dan tidak pernah dinafikan oleh agama. Namun perasaan ini tidaklah sampai bersifat keterlaluan.

Perkara sebegini sememangnya berlaku dalam mana-mana perjuangan bangsa. Bangsa Arab sendiri sebelum diutus baginda Rasul sallallah 'alaihi wasallam berada dalam semangat yang sama. Namun pengutusan baginda telah membuka ruang perjuangan menjadi lebih luas dari sempadannya yang lalu. Dari sifat bangsa dan kedaerahan kepada sifat universal dan sejagat. Lalu keadilan memayungi setiap bangsa dan agama di bawah kepimpinannya. Lantaran agamanya yang dipimpin oleh wayhu, maka terhasillah keutuhan di setiap prinsip dan ajarannya, maka umat manusia mula menerima Islam sebagai perjuangan yang menyelesaikan masalah secara keseluruhannya. Maka di kalangan umat Islam sendiri tidak ada yang lebih mulia di sisi Allah melainkan dinilai berdasarkan ketakwaannya.



Begitulah yang sedang berlaku dalam masyarakat Islam dunia dan khususnya Malaysia kini. Umat mula mencari penyelesaiaan yang lebih bersifat menyeluruh. Kelahiran generasi Muslim baru meskipun dilihat oleh segelintir pihak seakan-akan melupai perjuangan generasi lama. Namun di minda mereka terpahat usaha untuk meneruskan kesinambungan dan melengkapkan kekurangan perjuangan yang lalu. Moga sejarah dan hari ini menjadi mata rantai dalam mebina sebuah peradaban yang gemilang, selagi generasi hari ini tidak lupa untuk sesekali menoleh untuk belajar dari sejarah lampau, dan genrasi lalu yang masih hidup pula perlu mula belajar memahami perjuangan dan realiti hari ini.



Pengakajian sejarah boleh menjadi sebuah teori dan pelajaran dalam membina sebuah gagasan baru yang lebih mantap. Tiada siapa yang berhak meramalkan masa depan yang masih dalam pengetahuan dan ilmuNya. Namun hanya teori pengkajian sejarah yang dibuat oleh Ibn Khaldun terhadap bangsa-bangsa yang lalu secara umumnya pernah menyatakan bahawa; sesungguhnya peradaban bangsa kebanyakannya akan bertahan paling lama sehingga seratus dua puluh tahun yang terdiri dari 3 generasi.

Generasi pertama hidup dalam badawah yang keras dan jauh dari kemewahan, penuh dengan watak positif pengembara, kebangsaan yang sangat kukuh menyatukan masyarakat, memberi kekuatan dan mempunyai kesanggupan untuk menguasai bangsa lain. Generasi kedua ialah generasi ini meraih hasil dan kekuasaan lalu mendirikan negara, maka terjadi peralihan dari badawah kepada hadharah (kota). Kemewahan mulai muncul, rasa puas dengan apa yang dimiliki melonggarkan kebangsaan. Rasa rendah dan suka menyerah juga mulai tampak. Generasi ketiga pula adalah generasi yang telah lupa pada peringkat dua fasa yang lalu. Kemewahan mula merosak dalam kehidupan. Pada generasi ketiga ini negara mula mengalami kejatuhan dan akhirnya hancur.

Selamat Meneruskan Perjuangan!