Rasulullah s.a.w. bersabda “Hendaklah kalian berpegang teguh dengan KEBENARAN. Sesungguhnya KEBENARAN adalah membawa kepada kebajikan dan KEBAJIKAN membawa ke SYURGA.
Sesungguhnya sentiasalah seseorang itu berlaku BENAR dan selalu memilih KEBENARAN sehingga tercatatlah dia disisi Allah sebagai seorang yang BENAR (jujur).
Sesungguhnya DUSTA membawa kepada KEJAHATAN, dan kejahatan membawa kepada NERAKA.
Sesungguhnya sentiasalah seseorang itu BERDUSTA dan selalu memilih dusta sehingga tercatatlah dia disisi Allah sebagai seorang PENDUSTA (Riwayat al-Bukhari)
Wednesday, 27 March 2013
Thursday, 14 March 2013
My Tazkirah 001: Setiap Amal Bergantung pada Niat
Mafhumnya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan..“ (Riwayat al-Bukhari)
Setiap orang akan mendapat habuan mengikut apa yang
diniatkannya. Maka sesiapa yang
berniat melakukan sesuatu kerja atau amal kerana kepentingan dunia, maka dia akan mendapat habuan untuk tujuan keduniaannya. Begitu juga mereka
yang yang berniat melakukan sesuatu amal untuk
Allah dan hari akhirat, maka baginya kerdhaan
Allah dan ganjaran di hari akhirat.