Meneladai Dari Insan
Yang Terpuji
Salah
satu sebab kita perlu menoleh melihat lembaran sirah Rasulullah sallallah alaihi
wasallam ialah kerana baginda adalah seorang pendidik yang unggul. Beliau bukan
sahaja seorang guru akan tetapi seorang pendidik yang berkeperibadian tinggi.
Untuk mereka yang ingin meneladani baginda tuhan sajikan firmanNya ini sebagai
tatapan:
“Sesungguhnya pada Rasulullah itu terdapat contoh yang terpuji, bagi sesiapa yang mengharapkan keredhaan Allah dan hari akhirat”
Sesugguhnya al-Quran telah menyatakan bahawa baginda
merupakan pendidik kepada seluruh manusia. Walaupun baginda sendiri seorang yang
ummi ( tidak mampu membaca ) dan tidak mempunyai pengajian yang formal tetapi
baginda diajar secara langsung dari Allah Taala melalui perantaraan Jibril
alaihi salam.
Rasul Adalah Seorang Guru dan Pendidik
Rasul Adalah Seorang Guru dan Pendidik
Pada
suatu hari Rasulullah keluar dari bilik dan masuk ke dalam masjid, di dalamnya
terdapat dua kelompok, satu kelompok membaca al-Quran dan berdoa sementara
kelompok yang lain pula sedang dalam majlis pengajian, mengajar dan belajar.
Lalu baginda bersabda:
Dari Didikan Baginda Lahirlah Peribadi-peribadi Yang Unggul
Sejarah telah membuktikan bahawa baginda merupkan guru terulung yang tidak mampu ditandingi oleh sesiapapun. Keadaan manusia yang begitu rosak sebelum kedatangan baginda dan perubahan positif ke arah nilai-nilai murni yang begitu mendadak setelah baginda menyampaikan mesej dakwah dan menyerapkan method-method yang mampu menarik perhatian seluruh manusia. Dan inilah bukti yang cukup ampuh dan kukuh bahawa baginda merupakan pendidik dan guru yang terunggul. Jika perbandingan dibuat dengan pendidik-pendidik lain maka siapakah yang berjaya melahirkan ramai peribadi-peribadi unggul yang mengikutinya. Dengan itu ulama pernah berkata:
"Kedua-dua kelompok adalah baik. Golongan pertama membaca al-Quran dan berdoa, sekiranya Allah menghendaki nescaya dikabulkan doa-doa mereka atau tidak mengabulkannya. Manakala golongan kedua pula mengajar dan belajar, dan sesugguhnya aku diutuskan sebagai guru yang mendidik" lantas baginda duduk bersama mereka.
Dari Didikan Baginda Lahirlah Peribadi-peribadi Yang Unggul
Sejarah telah membuktikan bahawa baginda merupkan guru terulung yang tidak mampu ditandingi oleh sesiapapun. Keadaan manusia yang begitu rosak sebelum kedatangan baginda dan perubahan positif ke arah nilai-nilai murni yang begitu mendadak setelah baginda menyampaikan mesej dakwah dan menyerapkan method-method yang mampu menarik perhatian seluruh manusia. Dan inilah bukti yang cukup ampuh dan kukuh bahawa baginda merupakan pendidik dan guru yang terunggul. Jika perbandingan dibuat dengan pendidik-pendidik lain maka siapakah yang berjaya melahirkan ramai peribadi-peribadi unggul yang mengikutinya. Dengan itu ulama pernah berkata:
"Seandainya Rasulullah tidak mempunyai satu mukjizatpun melainkan para sahabat yang mengikuti tarbiyah pendidikan baginda maka sudah memadai untuk membuktikan kenabian baginda”
Keunggulan didikan baginda sehingga melahirkan sejumlah peribadi-peribadi yang unngul yang mencontohi baginda seakan-akan sebuah mukjizat yang perlu diakui oleh sejarah. Tidak ada satu insanpun di dunia ini yang diikuti, dicontohi dan disayangi seperti Rasulullah sallallah alaihi wasallam.
Berlaku Amanah Dalam Menyampaikan Ilmu.
Antara sifat Rasul sebagai guru ialah menyampaikan. Baginda tidak pernah menyembunyikan kebenaran dan hak. Lantaran itu baginda pernah berpidato pada suatu hari: Baginda memuji Allah Taala dan kemudian menyebut tentang suatu kaum dan memuji mereka seraya bersabda:
"Mengapakah sebahagian kaum tidak mengajar jiran-jiran mereka? Dan menyedarkan mereka? Tidak menyuruh berbuat baik dan tidak pula mencegah dari kemungkaran? Dan mengapa pula sebahagian kaum yang lain tidak belajar dari jirannya? Dan tidak juga mengambil peringatan dari mereka? Demi Allah Taala, sesuatu kaum mestilah mengajar jirannya,memberi peringatan kepada mereka, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, atau nescaya akan dipercepatkan azab di dunia lagi! "
Sebahagian tulisan ini kami petik dari karya Sheikh Abd Fattah Abu Ghuddah yang berjudul ar-Rasul al-Muallim ( Rasul Sebagai Seorang Guru ) diolah sempena hari guru 2007
0 comments:
Post a Comment