Anak atau kandungan wanita yang keguguran dikenali didalam bahasa Arab sebagai al-Siqt السقط. Al-Siqt secara bahasa adalah anak yang lahir dari perut ibunya dalam keadaan tidak sempurna. Namun apa yang dimaksudkan untuk permasalahan hukum di sini ialah janin yang lahir dari perut ibunya dalam keadaan telah meninggal dunia. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam pernah bersabda :
"Demi zat yang jiwaku berada di tangannya, sesungguhnya janin yang keguguran (al-Siqt) akan membawa ibunya ke dalam syurga dengan bersama ari-arinya apabila ibunya mengharap pahala dari Allah (dengan musibah tersebut” (Riwayat Ibnu Majah; ditadh’ifkan oleh al-Nawawi dalam al-Khulasah dan disaahihkan oleh Albani dalam Sahih Ibn Majah)
Kebiasaannya janin yang berada diperut seorang ibu itu akan melalui tiga fasa perkembangan. Di dalam al-Quran Allah s.w.t telah berfirman maksudnya:
“Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan….” ( Al Hajj : 5 )
Keterangan ini dikuatkan ole al-Sunnah bahawa nabi shalallahu ‘alaihi wasalam pernah bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya setiap kamu terkumpul kejadiannya dalam perut ibumu selama 40 hari dalam bentuk ‘nuthfah’(setitis mani), kemudian dalam bentuk ‘alaqah’ (segumpal darah) selama itu pula, kemudian dalam bentuk ‘mudghah’ (segumpal daging) selama itu pula, kemudian ditiupkan ruh kepadanya.” [HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ahmad, dan Tirmidzi]
Hukum Memandikan, Mengkafankan dan Menyembahyangkan
Para ahli ilmu telah sepakat bahawa sekiranya anak tersebut telah hidup awalnya atau bersuara maka dia dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. Kesepakatan ini dinaqalkan secara Ijma' oleh Ibn Munzir, Ibn Qudamah (dalam kitabnya al-Mughni), al-Kasani (dalam Badai' al-Sanai') dan al-Nawawi (dalam Majmu'). Menurut al-Nawawi dia dikafankan seperti mereka yang baligh (3 helai).
Namun sekiranya ia tidak bersuara, maka telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa sekiranya ia cukup 4 bulan maka dia dimandikan dan disembahyangkan, dan ini merupakan pendapat Said bin Musayyab, Ibn Sirin dan Ishaq, dan telah menyembahyangkan Ibn Umar ke atas cucu lelaki bagi anak perempuannya yang lahir mati (Rujuk Mughni Ibn Qudamah al-Maqdisi).
Pendapat ini juga turut dinaqalkan dari beliau (Imam Ahmad) dalam kitab Masa'il Imam Ahmad allati rawaha Ibnuhu Abdullah. Kata Abdullah (anak kepada Imam Ahmad):
Pendapat ini juga turut dinaqalkan dari beliau (Imam Ahmad) dalam kitab Masa'il Imam Ahmad allati rawaha Ibnuhu Abdullah. Kata Abdullah (anak kepada Imam Ahmad):
“Aku mendengar ayahku ditanya tentang anak yg dilahirkan, bilakah dia disembahyangkan ke atasnya? Katanya: "Sekiranya ia (al-Siqt) cukup 4 bulan maka ia disembahyangkan". Telah ditanya kemudiannya: "Adakah ia disembahyangkan meskipun tidak bersuara (lam yastahill)". Jawabnya:"Ya".
Tempoh 4 bulan ini diambil kira berdasarkan telah berlakunya ketika itu tiupan roh dalam fasa perkembangan seseorang manusia di alam janin. Oleh itu sekiranya ia tidak cukup 4 bulan, maka dia tidak dimandikan dan tidak disembahyangkan, ini kerana tempoh tersebut ia belum lagi ditiupkan roh.
Aqiqah Bagi Anak Yang Gugur Setelah 4 Bulan
Berkenaan pensyariatan aqiqah bagi anak yang gugur setelah tempoh 4 bulan tersebut, para ulama telah berselisih pandangan berkenaan dengannya. Sebahagian ulama berpandangan bahawa ianya disyariatkan dan merupakan perkara yang Mustahab dan dia juga diberi nama. (Rujuk Fatwa Lujnah Daimah Arab Saudi).
0 comments:
Post a Comment