Friday, 30 September 2011

Menjaga Rahsia


Untuk tempoh perjalanan kehidupan selama 31 tahun mengikut perkiraan tahun masihi, atau hampir 32 tahun mengikut perkiraan tahun hijri, banyak perkara yang dapat saya pelajari dari pengalaman peribadi dan lebih-lebih lagi dari sekolah kehidupan orang lain. Sebahagian besar cerita dan perkongsian dari mereka yang datang bertemu kita adalah merupakan maruah, rahsia dan amanah yang mesti dijaga sebaiknya. Nilai sebuah rahsia akan menjadi semakin bernilai dengan bertambahnya masa dan sejauh mana ia disimpan dan dipertahankan. 

Namun tidak dinafikan sesekali kita pernah juga terasa sedikit terbeban dalam menggalas amanah ini. Akan tetapi rahsia tetap rahsia yang bukan untuk dimuatkan dalam blog-blog, media elektronik, suratkhabar ataupun majalah hiburan. Namun kelihatannya nilai-nilai menjaga kerahsiaan ini semakin terhakis. Maruah dan harga diri seseorang adakalanya dijadikan bahan gosip dan hiburan yang menyeronokkan. Manusia menjadi semakin tidak malu membuat pendedahan tentang hal-hal yang agak peribadi secara terbuka, media pula menjadi batu-api mencetuskan lagi huru-hara dan kehangatan suasana, sehingga nilai-nilai 'malu' semakin hari semakin terhakis dan sirna.

Mengambil kekuatan dan mencari motivasi dari al-Quran dan as-Sunnah Rasul junjungan, maka kita titipkan di sini bukan hanya sekadar sisipan pandangan dari ahli falsafah mahupun dari teori pemikiran. Bahkan ia merupakan panduan yang tetap utuh dan tak pernah sesekali ditelan zaman.

al-Imam an-Nawawi (wafat 676 H) pernah menyusun satu fasal mengenai menjaga rahsia dalam satu chapter selepas fasal yang membicarakan berkenaan dengan malu. Beberapa ayat al-Quran & hadis menjadi sajian dipersembahkan dalam karyanya Riyadh as-Solihin (Taman Orang-orang Soleh)

Firman Alllah yang bermaksud:

'Dan tepatilah oleh kalian akan janji, sesungguhnya janji itu akan diminta tanggungjawabnya'

Abdullah Ibn Umar radiyallahuanhu berkata: Umar berkata: 

Ketika Hafsah menjadi janda, saya bertemu dengan Usman bin Affan unuk menawarkan Hafsah dengan berkata: Kalau engkau suka saya kawinkan dengan Hafsah.Jawab Usman: Nanti saya akan fikir dahulu. Kemudian beberapa hari dia menemui aku dan berkata: Saya di waktu ini belum terasa ingin berkahwin. Maka saya menemui Abu Bakr sayapun berkata: Kalau kau suka saya kahwinkan dengan Hafsah binti Umar. Abu Bakar mendiamkan diri tanpa menjawab. Hingga menyebabkan saya lebih menyesal dari penolakan Usman. Kemudian setelah beberapa hari Rasulullah sallallah 'alaihi wasallam datang meminang, dan saya kahwinkan kepada Rasulullah sallallah 'alaihi wasasllam. Maka Abu Bakar betemuku dan berkata: Mungkin engkau menyesal padaku ketika engkau menawarkan Hafsah untukku dan aku tidak menjawabnya. Berkata Umar: Benar. Berkata Abu Bakr:Sebenarnya tiada sesuatu ang menahan diriku untuk menjawab tawaranmu itu selain saya telah mengetahui bahawa baginda nabi sallallah 'alaihi wasallam telah menyebut Hafsah, dan saya tidak akan menyiarkan rahsia Rasulullah sallallah 'alaihi wasallam. Dan andaikan Nabi sallallah 'alaihi wasallam melepaskannya, tentu saya akan menerimanya (R.Bukhari)

Aisyah radiyallah 'anha berkata:

Ketika isteri-isteri Rasulullah sallallah 'alaihi wasallam berada di sisi baginda. Tiba-tiba datanglah Fatimah yang keadaan berjalannya seperti berjalannya Rasulullah sallallah 'alaihi wasallam. Dan ketika Rasulullullah melihat padanya maka disambut 'Marhaban bibnati' (Selamat datang anakku). Kemudian didudukkan di sebelah kanan atau kirinya, lalu dibisikkan kepadanya. Setelah dibisiki dia menagis tersedu-sedu. Dan ketika nabi sallallah 'alaihi wasallam melihat tangisnya kasihan, kemudian berbisik kembali padanya. Lalu tertawalah Fatimah. Maka saya (Aisyah) berkata: Rasulullah sallallah 'alaihi wasallam memberi keistemewaan terhadap dirimu tentang perkara berkenaan rahsia-rahsia lebih dari isteri-isterinya. Tetapi kau lalu menagis. Dan ketika Rasulullah telah pergi dari tempat itu saya bertanya kepada Fatimah:'Apakah yang dinyatakan Rasulullah sallallah 'alaihi wasallam kepadamu?' KataFatimah:'Saya tidak akan membuka rahsia Rasulullah sallallah 'alaihi wasallam. Kemudian setelah Rasulullah meninggal, saya (Aisyah)berkata:'Demi sungguh saya ingin mendapat keterangan apa yang dibisikkan oleh Rasulullah kepadamu itu. Jawab Fatimah;'Kini baiklah, pada bisikan pertama nabi memeberitahu bahawa Jibril mengulangi padanya bacan al-Quran pada tiap tahun satu kali, dan kini mengulanginya sampai dua kali, saya rasa bahaw ajalku telah dekat, maka bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah. Aku sebaik-baik orang yang akan mendahuluimu. Kerana itu saya menangis. Kemudian ketika baginda melihat saya sangat sedih baginda membiskkan kedua kalinya kepadaku; Hai Fatimah, tidak cukupkah engkau sebagai penghulu wanita bagi sekalian mukminin,atau wanita utama bagi sekalian umat ini? Maka saya tertawa kerananya' (Bukhari,Muslim)

Tsabit mendapat keterangan dari Anas radiyallah anha berkata: 

Rasulullah sallallah 'alaihi wasallam datang kepadaku ketika aku sedang bermain bersama anak-anak, dan setelah memberi salam ia menyuruh saya dalam satu hajat. Hingga saya terlambat pulang ke rumah, ketika saya telah pulang ditanya oleh ibu mengapakah kau terlambat, apakah yang menahanmu? Jawabku:Saya disuruh oleh Rasulullah untuk sesuatu hajat. Ia bertanya: 'Hajat apakah? '. Itu satu rahsia. Maka berkata ibuku: Jangan membuka rahsia Nabi kepada sesiapapun. Berkata Anas: Andaikan saya boleh membuka kejadian itu kepada seseorang, tentu saya akan menceritakan kepadmu wahai Tsabit' ( Muslim)

0 comments: