Thursday 13 May 2010

HUKUM BUNUH DIRI DI DALAM ISLAM



Kamus Dewan telah mendifinasikan perkataan bunuh diri sebagai perbuatan mengambil nyawa sendiri dengan sengaja. Di dalam Bahasa Arab perbuatan ini dinamakan sebagai al-Intihar, iaitu perbuatan sengaja dari individu untuk menamatkakan hayat kehidupannya. 

Perbuatan membunuh diri ini merupakan salah satu dosa besar dan dia akan diazab di akhirat kelak nanti sebagaimana cara dia membunuh dirinya di dunia. Daripada Abu Hurairah radiyallah ‘anhu bahawa baginda nabi sallalh ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:



“Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah hadis yang lain Thabit bin Dhahak meriwayatkan bahawa Rasulullah sallah ‘alaihi wasallam pernah bersabda yang bermaksud:

‘Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat’ (HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Jundub bin Abdillah r.a katanya Nabi s.a.w. bersabda:

Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang mengalami kecederaan, lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)

Perbuatan ini asalnya tidaklah mengeluarkan diri seseorang itu dari agama atau murtad, melainkan jika dia menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad. Dia dianggap melakukan dosa besar, di mana perhitungan amalannya tersebut diserahkan kepada Allah, sekiranya Dia kehendaki maka diampun atau diazabnya.

Secara umum kebanyakan para ulama berpendapat bahawa disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri.(Pendapat ini disandarkan kepada al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie). Manakala sebahagian yang lain berpendapat bahawa tidak disembahyangkan ke atasnya kerana kemaksiatannya, dan ini merupakan pendapat Umar bin Abd Aziz dan al-Auza’i.

Maka oleh itu sebahagian ulama berpendapat bahawa para ahli ilmu atau ulama wajar untuk mencontohi baginda dalam hal ini. Perkara ini adalah berdasarkan dari sebuah hadis bahawa didatangkan kepada Nabi s.a.w jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim). Walaubagaimanapun kebanyakan ulama memberi komentar tentang hadith ini bahawa baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh sahabat.

Namun kita wajar untuk memohon rahmat dan keampunan Allah s.w.t untuk keseluruhan kaum Muslimin. Wallah A’lam.

Tuesday 4 May 2010

BEBERAPA HUKUM BERKAITAN KEGUGURAN II

Hukum-Hukum Berkaitan Dengan Wanita Yang Keguguran


    Sekiranya keguguran terjadi tatkala janin masih berbentuk zigote sebelum 40 hari, atau masih berbentuk embrio ( pada 40 hari kedua ), maka wajib bagi wanita tersebut untuk mengenakan pembalut (yang dapat menahan keluarnya darah mengenai pakaian ), karana Nabi shalallahu ‘alaihi wasalam memerintahkan Asma binti Umair untuk mengenakan pembalut tatkala melahirkan di Dzil Hulaifah.     ( HR Muslim ).


    Wanita tersebut juga wajib untuk tetap melaksanakan solat dan berpuasa jika ia sedang berpuasa, serta harus bagi suami untuk menggaulinya. Darah yang keluar dengan sebab keguguran pada tempoh ini lebih dekat hukumnya menurut pandangan sebahagian ahli ilmu; bahwa darah tersebut tidak membatalkan wudhu dan tidak wajib baginya untuk mengulangi wudhunya di setiap solat, kecuali sekiranya terdapat perkara-perkara yang lain yang menyebabkan batalnya wudhu’ tersebut.

    Manakala keguguran yang berlaku setelah hari ke-80, maka wanita tersebut wajib untuk memastikan; apakah janin tersebut sudah mula membentuk rupa manusia ataupun belum (meskipun hanya samar seperti mulai membentuk perut, kaki atau kepala). Kepastian tersebut boleh diperolehi dengan bertanya kepada doktor yang terpercaya (Thiqah).

    Sekiranya janin belum membentuk rupa manusia belum (meskipun hanya samar seperti mulai membentuk perut, kaki atau kepala), maka wanita tersebut dihukumi seperti hukum yang sebelumnya. Wanita tersebut boleh sholat, puasa ataupun bergaul dengan suaminya. Dia tidak diwajibkan mengulangi wudhunya setiap kali hendak mengerjakan solat kecuali sekiranya ada perkara-perkara lain yang membatalkan wudhunya.

    Sekiranya janin sudah mulai membentuk manusia meskipun hanya samar seperti telah ada bentuk kaki, tangan atau kepala, maka wanita tersebut dihukumi dengan hukum nifas. Maka dia tidak boleh menuanaikan solat, puasa ataupun bergaul dengan suaminya, hingga darah nifasnya berhenti, atau keluar cairan kekuning-kuningan atau cairan keruh, atau sudah mencapai hari ke-40 dari pendarahan. Apabila sudah mencapai hari ke-40 ini, maka wanita tersebut perlu mandi, dan kemudiannya boleh untuk menunaikan solat, puasa dan suami juga boleh mencampurinya.

    Dalam situasi yan lain, sekiranya keguguran terjadi setelah hari ke-80, dan tidak diketahui apakah janin sudah berbentuk manusia atau belum, maka wanita tersebut boleh mengambil perkiran berikut:

    i) Apabila keguguran setelah hari ke 90, maka dia dihukumi dengan hukum nifas. Maka dia tidak boleh menunaikan solat, puasa dan tidak boleh bercampur dengan suaminya hingga darah berhenti, atau keluar cairan kekuning-kuningan atau keruh, atau mencapai hari ke-40 dari pendarahan. Jika telah mencapai hari ke-40, maka wanita tersebut perlu mandi, dan boleh menunaikan solat, berpuasa, dan bercampur dengan suaminya.

    ii) Apabila keguguran tersebut belum mencapai usia 90 hari kehamilan, dan tidak diketahui apakah janin sudah berbentuk manusia atau belum, maka hendaklah wanita tersebut mengenakan pembalut untuk mencegah keluarnya darah dari mengenai pakaiannya. Ia boleh menunaikan solat, puasa dan boleh bercampur dengan suaminya. Darah yang keluar darinya tidak membatalkan wudhu dan tidak wajib mengulang wudhunya setiap hendak menunaikan solat kecuali ada perkara-perkara lain yang membatalkan wudhunya.


Wallah ‘Alam.