Wednesday 27 March 2013

My Tazkirah 002: Berpegang Teguh dengan Kebenaran


Rasulullah s.a.w. bersabda “Hendaklah kalian berpegang teguh dengan KEBENARAN. Sesungguhnya KEBENARAN adalah membawa kepada kebajikan dan KEBAJIKAN membawa ke SYURGA. Sesungguhnya sentiasalah seseorang itu berlaku BENAR dan selalu memilih KEBENARAN sehingga tercatatlah dia disisi Allah sebagai seorang yang BENAR (jujur). Sesungguhnya DUSTA membawa kepada KEJAHATAN, dan kejahatan membawa kepada NERAKA. Sesungguhnya sentiasalah seseorang itu BERDUSTA dan selalu memilih dusta sehingga tercatatlah dia disisi Allah sebagai seorang PENDUSTA (Riwayat al-Bukhari)

Thursday 14 March 2013

My Tazkirah 001: Setiap Amal Bergantung pada Niat


Mafhumnya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niatdan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan..“ (Riwayat al-Bukhari

Setiap orang akan mendapat habuan mengikut apa yang diniatkannya. Maka sesiapa yang berniat melakukan sesuatu kerja atau amal kerana kepentingan dunia, maka dia akan mendapat habuan untuk tujuan keduniaannya. Begitu juga mereka yang yang berniat melakukan sesuatu amal untuk Allah dan hari akhirat, maka baginya kerdhaan Allah dan ganjaran di hari akhirat.