Saturday 26 June 2010

SOLAT SUNAT GERHANA (KUSUF & KHUSUF )

Pada 26 Jun 2010 rakyat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan Separa dari jam 7:22 pm hingga 10:20 pm. Secara amnya gerhana bulan tersebut akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan akan melintasi bayang bumi.




Gerhana pada 26 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 04:57 p.m. waktu Malaysia. Walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap dan kebetulan juga pada waktu itu Bulan masih belum terbit lagi dari ufuk.Fenomena gerhana tersebut hanya dapat disaksikan apabila Bulan mulai terbit pada jam 7:22 pm dan Bulan telah pun memasuki bayang umbra Bumi (U1) sejak jam 6:17 pm lagi. Gerhana maksimum akan berlaku pada jam 7:38 pm. Fenomena gerhana ini dapat disaksikan sehingga 9:00 pm apabila Bulan keluar sepenuhnya dari umbra Bumi (U4).

Gerhana masih terus berlaku sehingga 10:20 pm tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana Bulan berada di kawasan bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.


www.angkasa.gov.my/planetarium


Umat Islam yang dapat menyaksikan fenemona kejadian Allah ini akan berpeluang untuk melakukan seperti apa yang pernah disarankan oleh baginda nabi sallallah 'alaihi wasallam apabila berlakunya gerhana iaitu menunaikan solat sunat gerhana yang dikenali sebagaia Solatul Khusuf.

Solat Sunat Gerhana (Kusuf & Khusuf )

Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai Solat Sunat Kusuf atau Solat Sunat Khusuf merupakan solat yang didirikan apabila terjadinya gerhana bulan atau gerhana matahari.







Definisi Kusuf Dan Khusuf


Kalimah Kusuf كسوف merupakan kalimah Arab di mana dari sudut bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari, sama ada terlindungnya itu sebahagian atau keseluruhan (sepenuhnya). Manakal kalimah Khusuf خسوف pula digunakan untuk terlindungnya cahaya bulan sama ada terlindungnya itu sebahagian atau keseluruhan (sepenuhnya). Walaubagaimanapun dua kalimah tersebut boleh digunakan untuk kedua-duanya sama ada gerhana matahari atau gerhana bulan. Namun, kebiasaannya kalimah kusuf digunakan untuk gerhana matahari sementara kalimah khusuf digunakan untuk gerhana bulan.





Solat sunat kusuf dan khusuf merupakan solat sunat yang disyariatkan kerana sebab berlakunya gerhana. Solat Sunat Kusuf (gerhana matahari) telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah manakala solat sunat khusuf (gerhana bulan) pula telah disyariatkan pada tahun kelima hijrah.
Hukum Solat Gerhana

Hukumnya adalah sunat muakkadah (sunat yang digalakkan/dituntut). Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Mafhumnya: “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran / kekuasaan) Allah, tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu, maka sembahyanglah, berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana) bagi kamu”.(Riwayat muslim: 904)

Catatan: Hadis ini diriwayatkan daripada Nabi s.a.w ketika berlaku kematian anak lelakinya Ibrahim di mana orang ramai ketika itu mendakwa dan menyangka bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika Jahiliyah, apabila berlakunya gerhana matahari atau bulan maka mereka beranggapan bahawa ianya berlaku disebababkan kematian orang besar atau mulia. Oleh itu, baginda nabi s.a.w menyangkal tanggapan tersebut dan menjelaskan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang Muslim. Solat ini sunat dilakukan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya “assolatu jami’ah”


Cara Menunaikan Solat Sunat Gerhana

Solat Sunat Kusuf dan Khusuf ditunaikan sebanyak 2 rakaat dengan diniatkan:

“Sahaja aku solat sunat gerhana bulan/matahari dua rakaat (sendiri/imam/makmum) kerana Allah ta’ala”

Terdapat dua cara menunaikan solat gerhana:

A) Cara Yang Paling Ringkas.
B) Cara Yang Paling Sempurna

A) Cara Yang Paling Ringkas


Ia merupakan cara yang paling ringkas untuk dilaksanakan solat sunat gerhana iaitu dengan setiap rakaat dua kali qiam, dua kali bacaan dan dua kali rukuk tanpa memanjangkan bacaan di mana perinciannya seperti berikut:
Rakaat Pertama


1. Niat
2. Takbiratul Ihram
3. Membaca Doa Iftitah
4. Membaca Al-Fatihah
5. Membaca Mana-Mana Surah
6. Rukuk
7. Iktidal
8. Membaca Surah Al-Fatihah
9. Membaca Mana-Mana Surah
10. Rukuk
11. Iktidal
12. Sujud
13. Duduk Antara Dua Sujud
14. Sujud Kembali
15. Bangun untuk Rakaat Kedua
Rakaat Kedua

1. Membaca Al-Fatihah
2. Membaca Mana-Mana Surah
3. Rukuk
4. Iktidal
5. Membaca Surah Al-Fatihah
6. Membaca Mana-Mana Surah
7. Rukuk
8. Iktidal
9. Sujud
10. Duduk Antara Dua Sujud
11. Sujud Kembali
12. Membaca Tasyahud Akhir
13. Salam


Catatan: Walaubagaimanapun, sebahagian pendapat menyatakan bahawa ianya sah sekiranya dilakukan dengan dua rakaat sepertimana solat jumaat akan tetapi ia tidak mendapat kelebihan (fadhilat) kerana bersalahan dengan apa yang pernah dilakukan oleh baginda nabi s.a.w.


A) Cara Yang Paling Sempurna

Ia juga dilakukan dengan setiap rakaat dua kali qiam, dua kali bacaan dan dua kali rukuk namun dipanjangkan bacaannya di mana perincian ringkas pelaksanaannya adalah seperti tersebut:

1. Pada rakaat pertama dibaca selepas surah al-Fatihah surah al-Baqarah atau surah-surah lain
yang sama kadar panjang dengannya dan kemudian rukuk.
2. Setelah rukuk dibaca selepas al-Fatihah pada qiam yang kedua lebih kurang 200 ayat al-
Quran.
3. Pada rakaat kedua dibaca selepas surah al-Fatihah lebih kurang 150 ayat kadar panjangnya
dan kemudian rukuk.
4. Setelah rukuk dibaca selepas al-Fatihah pada qiam kedua lebih kurang 100 ayat kadar
panjangnya.
5. Apabila rukuk dipanjangkan rukuk yang pertama (dalam rakaat pertama) sekira-kira bacaan
100 ayat al-Quran. Pada rukuk yang kedua (dalam rakaat pertama) dipanjangkan rukuk lebih kurang bacaan 80 ayat al-Quran. Rukuk yang ketiga (dalam rakaat kedua) dipanjangkan rukuk lebih kurang bacaan 70 ayat al-Quran. Dan rukuk yang keempat (dalam rakaat kedua) dipanjangkan rukuk lebih kurang bacaan 50 ayat al-Quran.

Dibaca pada solat kusuf (gerhana matahari) secara sir (perlahan) dan pada solat khusuf (gerhana bulan) secara jahr (nyaring/jelas). ]

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirrmidzi (562) daripada Jundub ra. Mafhumnya:
“Telah bersembahyang nabi bersama kami solat kusuf, kami tidak mendengar suaranya.”

(Riwayat Tirrmidzi : 562)

Dariapada Aisyah ra meriwayatkan: “Bahawa nabi telah menjaharkan (menyaringkan) bacaannya pada solat khusuf.”

(Bukhari: 1016; Muslim: 901)


Apabila selesai solat, disunatkan imam membaca khutbah seperti mana khutbah Jumaat. Diberi peringatan didalamnya kepada para jemaah supaya bertaubat dan melakukan perkara-perkara kebaikan serta mengingatkan mereka daripada kelalaian dan kelekaan.

1 comments:

Pinky said...

Yuk Gabung Bersama Kami Hanya di RoyalQQ

Minimal Deposit Hanya Rp 15.000

RoyalQQ juga membagikan Bonus TO 0.5% SETIAP HARI!

HADIA JACKPOT Menanti anda^^

Daftarkan segera hanya di RoyalQQ

LINK : https://goo.gl/dQPyud