Wednesday, 21 October 2009

NILAI MASA DI SISI ULAMA: SEBUAH KARYA YANG MEMBERI KESAN BESAR DALAM HIDUP SAYA

    Sungguh kalau tak kenal maka tak cinta. Begitulah dunia ilmu. Bagi pencinta ilmu terdapat beberapa karya yang mampu membangkitkan semangat dan kegahairahan mereka untuk menuntut ilmu. Sungguh karya ini pernah memberi kesan yang besar dalam hidup saya. Saya telah membacanya buat pertama kali pada usia 18 tahun. 

  Nilai Masa di Sisi Ulama adalah sebuah buku yang mengisahkan ketekunan ulama dalam menjaga dan mengurus waktu. Ia adalah kisah dan paparan dari tokoh-tokoh ulama yang hebat. Sehingga kini saya masih membaca ulang karya Sheikh Abd Fattah Abu Ghuddah ini. Moga Alllah sentiasa memberi ganjaran pahala kepada pengarngnya.

Ramadhan dan Lailatul Qadr II

    Dalam menentukan malam ke-27, ada juga yang berdalil sebagai berikut: kata Lailatul Qadr terdiri dari 9 huruf dan diulang sebanyak 3 kali dalam surat al-Qadr, sehingga totalnya berjumlah 27 [Fathu'l Bārī, vol. IV, hal. 265]. Tentu semua ini tidak terjadi secara kebetulan, namun apakah benar hal tersebut mengisyaratkan penentuan waktu Lailatul Qadr di bulan Ramadhān? WaLlāhu a’lam bish shawāb.Masih banyak pendapat lain di kalangan ulama terkait hal ini, juga argumen dan dalil mereka, yang tidak kami sebutkan di sini. Barangsiapa yang menginginkan keluasan dalam masalah ini hendaklah merujuk kepada Fathu’l Bārī. Namun, berikut akan kami sebutkan sejumlah dalil terkait permasalahan yang tengah dibahas, sebelum kami sebutkan kesimpulan dan pendapat kami. Dari ‘Āisyah, bahwa Nabi ` bersabda:


تَحَرّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ


“Carilah malam Lailatul Qadr di malam ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” [HR. Al-Bukhāri II/710/1913 dan Muslim II/828/1169]


Dari Ibn ‘Umar, Nabi ` bersabda: 


“Carilah Lailatul Qadr pada tujuh hari terakhir.”
[HR. Al-Bukhāri VI/2565/6590 dan Muslim II/822/1165]Dari Ibn ‘Umar, Nabi ` bersabda:


مَنْ كَانَ مُتَحَرِّيْهَا فَلْيَتَحَرِّهَا لَيْلَةَ سَبْع وَعِشْرِيْن


“Barangsiapa yang mencari malam Lailatul Qadr maka hendaklah ia mencari pada malam kedua puluh tujuh.” [HR. Ahmad II/27/4808, dengan sanad yang shahih]

Dari Sahabat Ubay Ibn Ka’b, beliau berkata,






وَوَالله إِنِّي لأَعْلَمُ أَيُّ لَيْلَةٍ هِيَ، هِيَ اللَّيْلَةُ الَّتِي أَمَرَنَا بِهَا رَسُولُ اللّهِ بِقِيَامِهَا. هِيَ لَيْلَةُ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ. وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِي صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لاَ شُعَاعَ لَهَا


“Demi Allah, sesungguhnya aku benar-benar mengetahui Lailatul Qadr. Ia adalah malam di mana Rasulullah ` memerintahkan kami untuk melakukan shalat padanya, yaitu malam   ke-27. Tandanya adalah pada pagi harinya matahari tampak berwarna putih dengan pancaran sinar yang tidak menyengat.” [HR. Muslim I/525/762, dan lain-lain]

Kesimpulan dan pendapat kami, apabila seseorang ingin mencari malam Lailatul Qadr, maka hendaklah ia mencarinya di malam ganjil pada sepuluh hari terakhir. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia mencari di malam ganjil pada tujuh hari terakhir. Dan, jangan sampai yang bersangkutan melewatkan malam ke-27, sebab malam tersebut adalah malam yang paling diharap sebagai Lailatul Qadr. WaLlāhu a’lam bish shawāb.Tanda-Tanda Lailatul QadrDari Ubay, Rasulullah ` bersabda:



وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِي صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لاَ شُعَاعَ لَهَا


“Tanda Lailatul Qadr pagi harinya matahari tampak putih dengan sinar yang tidak menyengat.” [HR. Muslim I/525/762]

Dari Ibn ‘Abbas, Nabi ` berkata:




لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ سَمْحَةٌ طَلْقَةٌ لاَ حَارَّةَ وَلاَ بَارِدَةَ تُصْبِحُ الشَّمْسُ صَبِيْحَتَهَا ضَعِيْفَةً حَمْرَاءَ


“(Malam) Lailatul Qadr adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah dan kemerah-merahan.” 

[HR. Ath-Thayālisi no. 2680, Ibnu Khuzaimah III/331, al-Baihaqi dalam Syu'abul Iman III/334/3693, dengan sanad yang valid]Keutamaan Malam Lailatul QadrAllah `azza wa jalla berfirman:


إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿۳﴾ تَنَزَّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾ سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ ﴿٥﴾




“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Qur’ān) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadr itu? Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” 
[QS. Al-Qadr: 1 - 5]


   Cukuplah sebagai keagungan dan kemuliaan Lailatul Qadr bahawa Allah menyebutkan pada malam tersebut al-Qur’ān diturunkan dan malam itu lebih baik dibandingkan seribu bulan.Yang dimaksud dengan turunnya al-Qur’ān pada Lailatul Qadr adalah sebagaimana ditafsirkan oleh Ibn ‘Abbās, yaitu al-Qur’ān secara keseluruhan dan sekaligus turun dari al-Lauhu’l Mahfūzh ke langit dunia, dan barulah kemudian diturunkan secara ayat per ayat kepada Nabi sesuai dengan perkembangan peristiwa. Pada malam tersebut dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. Allah berfirman:



إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ ﴿۳﴾ فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ ﴿٤﴾ أَمْرًا مِنْ عِنْدِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ ﴿٥﴾ رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ﴿٦﴾




“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu diperinci segala urusan yang penuh hikmah, (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kamilah yang mengutus rasul-rasul, sebagai rahmat dari Rabbmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” [QS. Ad-Dukhān: 3 - 6]


Memanfaatkan Lailatul Qadr



Rasulullah ` bersabda,






مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيْمَاناً وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ


“Barangsiapa berdiri (shalat) pada malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Al-Bukhari II/709/1910 dan Muslim I/523/760)Disunnahkan untuk memperbanyak doa pada malam tersebut. Diriwayatkan dari ‘Aisyah, beliau berkata : “Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah `, menurut Baginda, sekiranya aku mengetahui kapan malam Lailatul Qadr terjadi, apa yang harus aku ucapkan?” Beliau menjawab,





اللّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي


“Allāhumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annī. (Ya Allah, Engkaulah Sang Maha Pemaaf dan mencintai orang yang meminta maaf, maka maafkanlah aku).” [HR. At-Tirmidzi V/534/3513, Ibn Mājah II/1265/3850, dan lain-lain, dengan sanad yang shahih]

Dari Aisyah, beliau berkata,





كَانَ النَّبِيّ صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ الْعَشْرَ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ


“Adalah Rasulullah ` apabila masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengencangkan kainnya (menjauhi istri-istrinya dan bersungguh-sungguh beribadah dalam rangka mencari Lailatul Qadr), menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.” [HR. Al-Bukhari II/171/1920 dan Muslim II/832/1174]Juga dari ‘Aisyah, beliau berkata, “Adalah Rasulullah ` bersungguh-sungguh dalam beribadah pada sepuluh malam terakhir), yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya.” [HR. Muslim II/832/1174] . WaLlāhu a’lam bish shawāb.






Rujukan:



2) Sumber asal: Ibn Hajar dalam Fathul Bari.

Thursday, 3 September 2009

MENGHAYATI KEMERDEKAAN: DARI ERA KEBANGSAAN MENUJU ERA KEISLAMAN

Tiada siapa yang boleh menyangkal perjalanan sejarah yang telah pun tercatat. Perjuanganyang dilakukan oleh mereka yang dahulu dalam menuntut kemerdekaan tanahair merupakan sebuah pengorbanan yang wajar untuk dihargai, meskipun sejarah dan peristiwanya hanya seskali dikenang oleh generasi hari ini. Itulah hakikat sejarah, ia telahpun berlalu dalam lipatan masa yang ditinggalkan. Maka tidak wajar untuk manusia yang ditakdirkan Allah untuk hidup di masa dan ketika ini, asyik terkenangkan sejarah sehingga menjadikan dirinya tertinggal di masa yang lalu, sehingga dia melupai hakikat dan realiti perjuangan yang perlu ia tempuhi hari ini. Kita membaca sejarah bukan untuk berada di belakang masa, tetapi untuk mempelajari sesuatu dari masa lampau bagi menghadapi realiti hari ini dalam ruang masa yang berbeza. Herodotus yang mendapat gelaran bapa sejarah menyatakan: Sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban.

Mereka yang mengabaikan sejarah adalah mereka yang tidak menghargai pelajaran dan pengalaman yang ditinggalkan oleh generasi yang lalu. Mereka merasakan bahawa kehidupan yang mereka lalui hari ini adalah di zaman yang serba canggih dan maju berbanding dahulu. Maka bagi mereka tidak ada gunanya bercakap tentang sejarah kerana ia telahpun berlalu. Mereka cuma berminat untuk berhujah dengan kenyaaan-kenyataan hari ini tanpa melihat pengalaman semalam yang amat berharga untuki dijadikan pelajaran dalam kehidupan. Begitulah sikap sesetengah manusia yang angkuh dan ego di setiap zaman. Mereka menyangka zaman mereka adalah yang termaju dan tercanggih. Sedangkan ukuran kemajuan itu cuma diukur dari beberapa sudut tertentu mengikut pemikiran mereka yang terbatas. Maka dalam setiap tamadun manusia terdapat persepsi segolongan manusia yang menganggap bahawa tamadun mereka adalah yang terhebat.


Dari penjuru lain, terdapat juga kelompok manusia yang terlalu mengagungkan sejarah sehingga menjadikan ianya sebagai ramalan untuk menentukan masa depan yang masih ghaib di sisi Allah azza wajalla. Sesungguhnya dalam banyak perkara dan keadaan, sifat keterlaluan amatlah tidak baik. Oleh itu Islam mengambil pendekatan yang sederhana. Sesebuah tamadun yang terbina kukuh adalah mungkin dari hasil kesinambungan beberapa generasi dari beberapa masa dan zaman. Umat Islam tidak sewajarnya melemparkan keilmuan dan pengalaman masa lalu yang begitu berharga, melainkan mencari kesinambungan di antara keduanya untuk berhadapan dengan realiti hari ini. Al-Quran sentiasa menganjurkan kita mengambil 'ibrah (pengajaran) dari kisah-kisah masa lalu seperti firmanNya:

“Maka ambillah (Kejadian itu) untuk menjadi pengajaran wahai orang-orang yang mempunyai mata hati.” (al Hasyr: 2)

Al-Quran mengungkapkan dengan pesanan 'Fa’tabiru Ya Ulil Absor’, dan ambillah iktibar wahai orang yang berfikir. Iaitu orang yang disifatkan mempunyai bashiroh atau mata hati. Dalam memberi makna ‘Fa’tabiru’ sebahagian ulama usul menafsirkannnya sebagai ‘Faqisu’ yang bermaksud maka kiaskanlah, kiaskanlah peristiwa yang lalu itu terhadap diri kamu, mudah-mudahan kamu beroleh peringatan dan pelajaran.

Pengulangan Sejarah

Sejarah secara hakikatnya memang tidak berulang, maka oleh itu ia dinamakan sejarah bersama rekod tarikh dan peristiwanya yang telahpun berlalu. Namun apa yang mungkin kembali dan berulang adalah tabiat dan fitrah manusia yang hampir sama di setiap zaman dan masa. Meskipun berhadapan dengan wajah peradaban zaman yang berbeza, namun terdapat sunnatullah terhadap alam ini yang perlu diperhatikan. Sekiranya sifat dan tabiatnya cukup secara ukuran hukum akal untuk menghasilkan kejadian-kejadian yang hampir sama yang pernah berlaku dalam sejarah manusia, maka bagi Allahlah di tanganNya segala kekuasaan. Apa yang pasti, kitaran perjalanan kehidupan dan jatuh bangun sesebuah bangsa ini sentiasa dipergilirkan oleh Allah ke atas umat manusia. Mafhum firmanNya yang bermaksud:

"Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)” (Ali Imran 3:140)

Walaubagaimanapun mengenai teori pengulangan sejarah (Repeating History) ini pernah menjadi tajuk perbincangan di kalangan ahli sejarah. Apakah peristiwa-peristiwa sejarah yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu boleh berlaku pula pada masa-masa yang berlainan. Ini kerana sejarah itu dianggap sebagai suatu gejala yang berulang-ulang di mana sesuatu peristiwa itu berlaku berulang kali di dalam satu proses kitaran yang saling berkaitan serta silih berganti, samada berulang secara keseluruhannya ataupun sebahagiannya.

Menghayati Perjuangan Kemerdekaan

Menghayati kemerdekaan bukan sekadar untuk menjadikan ia hanya sebagai sesuatu yang indah dikenang kerana telah berlalunya masa, atau merasa cukup dengan apa yang ada tanpa perlu berbuat apa-apa, kerana sifat yang sedimikian itu adalah sifat mereka yang tidak memiliki roh perjuangan, semangat untuk membuat pembaharuan dan penambah-baikan. Ia adalah sifat yang lesu dari menghayati nilai perjuangan itu sendiri. Sifat bagi sesebuah perjuangan adalah sentiasa memiliki penerusan, istiqamah dan kesinambungan. Dan inilah yang sentiasa diteruskan oleh generasi-generasi yang sedar akan sebuah tuntutan dan tanggungjawab terhadapa agama, bangsa dan negaranya.

Dari Era Kebangsaan Menuju Era Keislaman

Perjuangan di tanah Melayu sejak sebelum Merdeka sememangnya telah dipengaruhi oleh beberapa corak perjuangan. Namun di saat-saat negara hampir mencapai kemerdekaannya dari jajahan British, perjuangan yang bersifat nasionalisme dan kebangsaan berjaya menerajui pemikiran umat Melayu ketika itu. Lantaran itu corak-corak lain yang seperti komunisme dan keislaman telah dipinggirkan. Adapun komunisme adalah amat jauh untuk beradaptasi dengan peradaban bangsa Melayu. Sementara pemahaman dan pengamalan tentang Islam ketika itu masih berada di tahap yang terumbang-ambing dan sukar untuk dipercayai masyarakat mampu menerajui kepimpinan negara. Maka semangat kebangsaan adalah semangat yang berjaya diterima secara kebanyakannya ketika itu.



Dengan pemberian definisi yang mungkin terdapat perbezaan terhadap maksud kebangsaan itu sendiri oleh beberapa tokoh tertentu mengikut pemahaman mereka, namun hakikatnya elemen bangsa sememangnya tidak dapat dinafikan terjelma di dalamnya. Hans Korn dalam bukunya The Idea of Nationalism umpamanya mendifinasikan nasionalisme sebagai suatu keadaan fikiran seseorang yang menekankan kepada perasaan cinta terhadap ibu pertiwi, mempunyai kebudayaan yang sama, serta kesetiaan terhadap agama dan keturunan. Perasaan cintakan negara dan tanahair adalah suatu fitrah sedia tertanam dalam diri manusia dan tidak pernah dinafikan oleh agama. Namun perasaan ini tidaklah sampai bersifat keterlaluan.

Perkara sebegini sememangnya berlaku dalam mana-mana perjuangan bangsa. Bangsa Arab sendiri sebelum diutus baginda Rasul sallallah 'alaihi wasallam berada dalam semangat yang sama. Namun pengutusan baginda telah membuka ruang perjuangan menjadi lebih luas dari sempadannya yang lalu. Dari sifat bangsa dan kedaerahan kepada sifat universal dan sejagat. Lalu keadilan memayungi setiap bangsa dan agama di bawah kepimpinannya. Lantaran agamanya yang dipimpin oleh wayhu, maka terhasillah keutuhan di setiap prinsip dan ajarannya, maka umat manusia mula menerima Islam sebagai perjuangan yang menyelesaikan masalah secara keseluruhannya. Maka di kalangan umat Islam sendiri tidak ada yang lebih mulia di sisi Allah melainkan dinilai berdasarkan ketakwaannya.



Begitulah yang sedang berlaku dalam masyarakat Islam dunia dan khususnya Malaysia kini. Umat mula mencari penyelesaiaan yang lebih bersifat menyeluruh. Kelahiran generasi Muslim baru meskipun dilihat oleh segelintir pihak seakan-akan melupai perjuangan generasi lama. Namun di minda mereka terpahat usaha untuk meneruskan kesinambungan dan melengkapkan kekurangan perjuangan yang lalu. Moga sejarah dan hari ini menjadi mata rantai dalam mebina sebuah peradaban yang gemilang, selagi generasi hari ini tidak lupa untuk sesekali menoleh untuk belajar dari sejarah lampau, dan genrasi lalu yang masih hidup pula perlu mula belajar memahami perjuangan dan realiti hari ini.



Pengakajian sejarah boleh menjadi sebuah teori dan pelajaran dalam membina sebuah gagasan baru yang lebih mantap. Tiada siapa yang berhak meramalkan masa depan yang masih dalam pengetahuan dan ilmuNya. Namun hanya teori pengkajian sejarah yang dibuat oleh Ibn Khaldun terhadap bangsa-bangsa yang lalu secara umumnya pernah menyatakan bahawa; sesungguhnya peradaban bangsa kebanyakannya akan bertahan paling lama sehingga seratus dua puluh tahun yang terdiri dari 3 generasi.

Generasi pertama hidup dalam badawah yang keras dan jauh dari kemewahan, penuh dengan watak positif pengembara, kebangsaan yang sangat kukuh menyatukan masyarakat, memberi kekuatan dan mempunyai kesanggupan untuk menguasai bangsa lain. Generasi kedua ialah generasi ini meraih hasil dan kekuasaan lalu mendirikan negara, maka terjadi peralihan dari badawah kepada hadharah (kota). Kemewahan mulai muncul, rasa puas dengan apa yang dimiliki melonggarkan kebangsaan. Rasa rendah dan suka menyerah juga mulai tampak. Generasi ketiga pula adalah generasi yang telah lupa pada peringkat dua fasa yang lalu. Kemewahan mula merosak dalam kehidupan. Pada generasi ketiga ini negara mula mengalami kejatuhan dan akhirnya hancur.

Selamat Meneruskan Perjuangan!

Wednesday, 26 August 2009

PENDIRIAN SYARA' TERHADAP SIHIR DAN PENGAMALNYA

    Sihir adalah termasuk dalam tujuh dosa besar yang disenaraikan oleh nabi sallallah alaihi wasallam yang mesti dijauhi. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah sallallah alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:
“Jauhkanlah diri kamu dari tujuh perkara yang membinasakan. Mereka ( sahabat ) bertanya: Apakah perkara-perkara itu ya Rasulullah? Baginda menjawab: Menyukutukan Allah( syirik ), sihir, membunuh jiwa manusia yang diharamkan Allah kecuali dengan perkara yang benar, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan peperangan dan menuduh wanita-wanita mukminah yang suci ( dengan tuduhan dusta ) ”
( Riwayat Bukhari dan Muslim )


     Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah sallallah alaihi wasallam telah bersabda:

“Sesiapa yang menyimpulkan satu simpulan kemudian meniupkan padanya maka dia telah melakukan sihir, dan sesiapa yang melakukan sihir maka dia melakukan syirik, dan sesiapa yang bergantung kepada sesuatu maka akan diserahkan kepadanya”

     Telah berkata Imam an-Nawawi rahimahullah dalam Syarah Muslim: ‘Perbuatan sihir itu adalah haram dan ianya termasuk dosa-dosa besar secara Ijma’. Nabi telah menyenaraikannya dalam tujuh dosa yang besar.


Hukum yang Dikenakan terhadap Pengamal Sihir

    Ulama berselisih pendapat tentang hukum yang perlu dikenakan terhadap pengamal sihir atau tukang sihir. Berkata Abu Bakar al-Jassos: ‘ Telah bersepakat ulama salaf atas wajibnya membunuh tukang sihir, sebahagiannya menjelaskan ini adalah disebabkan kekufurannya kerana sabda Nabi sallallah alaihi wasallam yang bermaksud:‘ Sesiapa yang mendatangi tukang tilik, tenung nasib atau ahli sihir lalu dia membenarkannya, maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad’.Manakala ulama Feqh juga turut berselisih pendapat tentang perkara ini. ( Tafsir Ayat al-Ahkam Lissobuni )




    Diriwayatkan bahawa Imam Abu Hanifah telah berpendapat: Tukang sihir itu hendaklah dibunuh sekiranya diketahui dia mengamalkan sihir tanpa perlu diberi peluang supaya bertaubat ( istitabah ). Dan tidaklah diterima dakwaannya: ‘Saya telah meniggalkan sihir dan telah bertaubat’. Sekiranya dia mengaku maka halallah darahnya, begitu juga hukumnya terhadap hamba yang muslim dan kafir Zimmi sekiranya merekamembuat pengakuan mengamalkan sihir.


     Kata Ibn Syuja’: Maka dihukum terhadap pengamal sihir lelaki atau perempuan itu sebagai murtad.


     Diriwayatkan pula dari Imam Malik berkenaan dengan seorang muslim jika dia mengamalkan sihir maka hendaklah dihukum bunuh tanpa perlu diberi peluang supaya bertaubat ( istitabah ). Ini adalah disebabkan seorang muslim itu jika batinnya murtad maka tidaklah diketahui taubatnya dengan zahir keislamannya ( maka dia dihukum bunuh ). Sementara ahli sihir dari kalangan ahli kitab tidaklah dihukum bunuh di sisi Malik kecuali dia memudaratkan muslimin.

       Sementara Imam as-Syafii pula berpendapat: ‘ Tidaklah dia menjadi kufur dengan sihirnya itu. Sekiranya dia membunuh dengan menggunakan sihirnya itu dan katanya: ‘Sihirku ini memang dapat membunuh’ maka dia dihukum bunuh ( qisas ). Sekiranya dia berkata: ‘ Sihirku adakalanya boleh membunuh dab adakalanya tidak menjadi maka dia dihukum dengan membayar diyat ’. ( Tafsir Ayat al-Ahkam Lissobuni ). Sementara itu di dalam Nailul Authar dinukilkan pendapat beliau: ‘ Ahli sihir itu dibunuh apabila sihirnya itu boleh menyebabkan kekufuran’



    Imam Ahmad berpendapat: Dia tetap menjadi kufur dengan sihirnya itu samada dia melakukan pembunuhan dengan sihirnya itu atau tidak. Berkenaan samada taubatnya diterima atau tidak terdapat dua riwayat di sisi Hanabilah. Manakala ahli sihir dari kalangan ahli kitab, mazhab ini bersependapat dengan Malik iaitu tidaklah dihukum bunuh kecuali dia memudaratkan muslimin.

Monday, 29 June 2009

REAKSI ISU YANG LAMBAT DIMUATKAN DALAM POST: TERJEMAHAN GOD KEPADA ALLAH

     Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah sallallah 'alaihi wasallam, ahli keluarga baginda, seterusnya para sahabat radiayllah 'anhum ajmain. Amma ba'd. 

(Post ini asalnya adalah merupakan reply jawapan saya kepada beberapa orang sahabat beberapa bulan yang lalu berhubung dua isu, saya menyimpannya untuk rujukan peribadi di hari yang mendatang. Pandangan ini boleh diterima, dinilai atau ditolak sama sekali. Post reply ini agak panjang, saya masukkan sebahagiannya dulu)

    Saya telah menerima beberapa panggilan dan mesej dari beberapa orang sahabat tentang dua isu yang menjadi tajuk perbualan kebelakangan ini (2 bulan yang lalu). Pagi tadi panggilan telefon menyambut saya sebaik tibanya di pejabat. Buat sementara, saya melontarkan pandangan dan jawapan sekadar yang perlu. Ada perkara yang kadang-kadang sengaja kita tidak jawab untuk memberi ruang yang panjang kepada sahabat-sahabat kita berfikir dan menganalisa sendiri. Ada perkara yang kita tidak jawab kerana telah ada ramai yang bersedia menjawab. Sebahagian perkara kita tidak jawab kerana kita tidak suka terburu-buru dalam membuat analisa. Setiap manusia bertanggungjawab di atas kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan, apatah lagi yang berkaitan kepentingan Islam dan umatnya.

  Saya faham sebahagian sahabat-sahabat yang melontarkan pertanyaan adakalanya bertujuan untuk menilai pandangan peribadi saya sedangkan masing-masing ada yang telah menyediakan jawapan untuk diri sendiri. Satu soalan mungkin mengandungkan banyak maksud; jawapan, reaksi, pandangan peribadi, menguji dan sebagainya.


Pandangan Yang Berbeza

    Pandangan yang berbeza dalam sesuatu isu adalah disebabkan dimensi pemikiran yang berbeza, sudut-sudut pandang yang berbeza, kepentingan-kepentingan yang berbeza, nilai-nilai kefahaman yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan pelbagai faktor-faktor lagi. Kekurangan di setiap lontaran pandangan tersebut membuktikan betapa keterbatasan akal manusia untuk membuat analisa secara keseluruhan isu tersebut. Pandangan-pandangan yang berbeza tersebut sekiranya mampu dicari titik-titik pertemuan, dan dianalisa juga titik-titik perbezaan maka dengan izin Allah akan mampu membuahkan sebuah lagi pendirian atau solusi yang yang lebih menenangkan ummah. Namun hakikatnya ia merupakan kerja yang sukar dan memerlukan kesabaran yang tinggi.


Terjemahan 'God' Oleh Pihak Kristian Malaysia Dari 'Tuhan' Kepada 'Allah' Dalam Bahasa Melayu





    Dalam Bahasa Inggeris 'God' membawa makna 'tuhan'. Penggunaan 'God Father' umpamaya merujuk kepada Tuhan Bapa dalam agama Kristian. Dalam Bahasa Melayu 'tuhan' adalah merujuk kepada apa yang disembah, diabdi termasuk dewa. Dengan definasi tadi tuhan adalah lebih am penggunaannya. Mereka yang mengabdikan kehidupan kepada harta-benda boleh dikatakan ber'tuhan'kan harta-benda. Adapun perkataan Allah adalah merujuk khusus kepada Allah yang Esa dalam agama Islam. (rujuk kamus dewan).


  Apabila seoarang Muslim mengucapkan 'Tiada tuhan melainkan Allah' memberi maksud pengesaan tuhan hanyalah Allah. Maka perkataan Allah ini diterima pakai dalam masyarakat Malaysia Muslim amnya sebagai tuhan yang tiada sekutu oleh orang Islam.


Al-Quran Mencabar Masyarakat Arab Jahiliyyah

Al-Quran mencabar masyarakat Arab Jahiliyyah sekiranya terdapat tuhan selain Allah untuk menempelak berhala-berhala sembahan mereka. Al-Quran mengakui bahawa orang-orang musyrikin mengiktiraf sebahagian daripada Rububiyyah Allah seperti Allah itu Pemilik langit serta bumi dan Allah itu Pengurus kejadian-kejadian di langit serta di bumi. Jika begitulah pengiktirafan mereka, sepatutnya mereka beriman dan menyembah Allah tanpa mempersekutukan-Nya. Firman Allah SWT:


“Katakanlah (kepada mereka): Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya jika kamu mengetahui? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepada mereka): Apakah kamu tidak ingat?
“Katakanlah (kepada mereka): Siapakah yang mempunyai langit yang tujuh dan yang empunya ‘arasy yang besar? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepada mereka): Apakah kamu tidak bertaqwa?
“Katakanlah (kepada mereka): Siapakah yang di tangan-Nya berada segala kekuasaan sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi daripada (azab)-Nya, jika kamu mengetahui? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepada mereka): (Oleh yang demikian) dari jalan manakah kamu ditipu ?
“Sebenarnya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka dan sesungguhnya mereka sebenarnya orang-orang yang berdusta.” (Al-Mu’minun: 84-90)

    Begitulah konsep keesaan tuhan yang dibawa oleh al-Quran untuk mecabar masyarakat Arab Jahiliyyah. Sehingga tidaklah terpahat kukuh di hati-hati mereka yang beriman adanya tuhan yang lain melainkan Allah yang Esa.


Penyimpangan Nasrani Dalam Konsep Bertuhan

Diakui pada asasnya pertentangan antara Muslim dengan Kristian bukan kerana berebut penggunaan nama Allah tersebut. Maka tulisan Dr Mohd Asri mengenai perkara ini ada menyebutnya. Antara titik asas yang menjadi perbezaan di antara seorang Muslim dan Kristian ialah konsep 'trinity' dalam bertuhan. Muslim tidak menerima konsep penyukutuan ini dalam teras berakidah. Maka oleh itu bagi Muslim keimanan pada Allah hanya boleh diterima tanpa sekutu.

Maka oleh yang demikian penggunaan Allah sebagai terjemahan kepada 'God' amat sukar diterima terutama dalam masyarakat Islam Malaysia dengan maknanya yang umum. Sekiranya terjemahan tersebut diguna pakai seakan-akan lahirlah pula Allah Bapa, Allah Anak dan sebagainya. Dalam erti kata yang lain masyarakat Islam di Malaysia hanya boleh menerima Allah itu digunakan sekiranya ia adalah Allah yang Esa. Sepertimana penggunaan perkataan agama dan Islam, di mana perkataan 'Islam' hanya diterima khas untuk orang Islam berlainan perkataan 'agama'.


Perkataan dan Istilah


    Pada saya perkataan (nama) dan Istilah (makna) sama penting. Dalam sesetengah keadaan sememangnya isi lebih perlu diperjuangkan dari nama (perkataan), perkara ini mungkin dalam isi yang sama cuma namanya sahaja yang berbeza.


    Namun, dalam banyak keadaan perkataan diperlukan untuk memperjuangkan isi. Sekiranya tidak, kita tidak mempunyai kerangka, tapak dan asas untuk kita berpijak. Kewujudan kamus-kamus atau istilah-istilah sudah menjadi tidak bermakna lagi.

Dalam memperjuangkan konsep-konsep tauhid umpamanya kita sukar membezakan lagi antara sesuatu sekiranya kita berkongsi banyak perkara dengan nama yang sama namun makna yang berbeza. Di celah-celah pertikaiaan tersebut akan lahir lebih ramai golongan sofis yang akan meragu-ragukan di sebalik penggunaan istilah dan nama.

    Saya tidak pasti apakah faktor yang mendesak untuk pertukaran terjemahan 'God' bagi penganut Kristian Malaysia kepada Allah. Namun di celah-celah perebutan tersebut, umat Islam Malaysia mempunyai ruang baru untuk menggugat kekeliruan penyukutuan Allah oleh golongan Nasrani supaya penerimaan Allah tersebut perlu diterima bersama maknanya tanpa sekutu dengan yang lain sama sekali. Dimensi baru dalam pendidikan anak-anak Muslim memerlukan pengajaran terhadap konsep Tauhid yang lebih kukuh supaya mampu dibezakan peyimpangan yang berlaku pada dua lagi agama samawi. Sekiranya tidak, maka kemudharatan dengan penerimaan perkongisan terjemahan ini akan menyeret penyimpangan terhadap perkongsiaan maknanya sama sekali. Dalam perkara ini 'Maqasid Ammah' berdasarkan 'Dalil-dali Kulliy' untuk menjaga agama Islam itu sendiri perlu dicermati. Meskipun begitu perkara ini tetap mempunyai ruang ijtihad dalam menentukan keputusan Zanni antara yang betul dan yang tepat menurut Maqasid Syarai'e. Dalam banyak perkara, kesepakatan dalam perkara yang baik membawa keberkatan. Wallah 'alam.


Rujuk juga:

Monday, 15 June 2009

Pemikiran Ekonomi Bangsa Cina

  Saya tidak pernah mengajar di sekolah yang muridnya berbangsa cina. Namun sekiranya saya berpeluang berbuat demikian seketika lalu (Ini kerana saya telahpun meninggalkan profesion perguruan), antara tinjauan umum sebagai persoalan yang ingin saya buat ialah; berapa peratuskah anak-anak di kalangan masyarakat Cina yang bercita-cita untuk berkerja sebagai kakitangan kerajaan. Dengan menolak tepi beberapa sifat buruk yang ada pada segelintir mereka seperti menipu (setiap bangsa ada penipu) dan lain-lain, bagi saya bangsa Cina mempunyai beberapa ciri unik untuk lahir sebagai usahawan, atau setidaknya hidup dengan pendapatan sendiri. Beberapa bulan menimba pengalaman berkerja di bawah majikan yang berbangsa Cina pada penghujung tahun 2004 lalu membuka ruang interaksi untuk melihat perjalanan kehidupan harian masyarakat Cina.

    Bidang keusahawanan adalah bidang yang mencabar. Dengan meyakini persoalan rezki telahpun ditentukan Allah, umumnya bidang ini mungkin kurang berjaya sekiranya diceburi oleh mereka yang kurang kreativiti dan daya tahan untuk meneruskan sesuatu usaha. Bidang ini amat terdedah kepada perubahan-perubahan semasa, tidak sentiasa tetap, malah boleh diasak dan dicabar pada bila-bila masa sahaja.



    Menurut Chin Yee Mun (Dewan Ekonomi, Jan 2009), kemampuan bangsaCina untuk bergiat dalam bidang keusahawanan mempunyai perkaitan dengan kebolehan mereka untuk menguruskan perubahan dengan baik. Menurutnya lagi, dalam istilah Cina perniagaan ialah Sheng Yi yang membawa maksud hidup dan berfaedah. Usahawan Cina memahami bahawa perniagaan itu hidup iaitu sesuatu yang berubah-ubah dan membawa faedah. Ini bermakna usahawan Cina memahami bahawa perniagaan itu tidak statik.


    Penerimaan falsafah sedemikian oleh usahawan Cina juga sangat berkait rapat dengan budaya orang Cina sendiri yang dipengaruhi oleh ajaran Toisme dan Kung Fu-Tze. Ajaran Toisme mengajar pengikutnya bahawa dunia ini berubah-ubah akibat dinamik ying dan yang.. Untuk hidup mengikut falsafah bangsa Cina keseimbangan adalah penting untuk dipelihara. Buku I-Ching yang lebih dikenal sebagai buku perubahan merupakan salah satu ikon ajaran Toisme. Untuk dibandingkan dengan ajaran Kug Fu-Tze menurut beliau, ajaran Toisme lebih mempengaruhi budaya Cina di peringkat makro di mana peringkat mikro ajaran Kung Fu Tze mengutamakan ketertiban dan peraturan untuk menjamin keharmonian sesama manusia.(Baca setersunya dalam Dewan Ekonomi)

   Sahabat saya pernah menqiyaskan (menyamakan) beberapa persamaan bagi ciri-ciri yang ada pada seorang usahawan dengan ciri-ciri yang ada pada seorang dai (pendakwah). Katanya dai juga perlu kreatif untuk memasarkan dakwah seperti usahawan kreatif memasarkan produk, cuma bezanya pasaran dai lebih kepada mengharapkan ganjaran dan keuntungan akhirat yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi dengan mata hati yang penuh keimanan kepadaNya. Maka seseorang yang memiliki ciri-ciri seorang dai kemungkinan mampu untuk digilap untuk menjadi seorang usahawan begitu juga sebaliknya.