Niat merupakan titik permulaan yang sangat penting yang akan memberi kesan kepada perbuatan dan tindakan seterusnya. Apa yang diniatkan juga sering menjadi motivasi diri untuk mencapai sesuatu perkara. Berhubung perkara ini, baginda Nabi s.a.w pernah bersabda mafhumnya:
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Maka sesiapa yang hijrahnya bertujuan untuk mendapatkan keduniaan, atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu hanya kepada apa yang diniatkannya saja" (Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim)
Sabab Wurud hadis ini sangat popular dengan kisah seorang lelaki yang berhijrah ke Madinah kerana semata-mata ingin mengahwini wanita yang dicintainya; sehingga dia digelar sebagai Muhajir Ummu Qais.
Sehubungan itu, Baginda Nabi sallallah 'alaihi wasallam menjelaskan bahawa; setiap orang akan mendapat habuan mengikut apa yang diniatkannya. Maka sesiapa yang berniat melakukan sesuatu amal kerana kepentingan dunia, maka ia akan mendapat habuan untuk tujuan keduniaannya. Begitu juga mereka yang yang berniat melakukan sesuatu amal untuk Allah dan hari akhirat, maka baginya keredhaan Allah dan ganjaran di hari akhirat.
Dalam hubungan dan kaitannya dengan motivasi dalaman diri. Kita mampu untuk melihat sejauh manakah seseorang itu sanggup untuk mengerahkan usahanya untuk mencapai apa yang menjadi niat dan tujuan utamanya itu. Setiap orang akan bergerak untuk melaksanakan sesuatu usaha dan amalan mengikut apa yang diharapkan natijah daripadanya. Mereka yang melaksanakan sesuatu usaha, kerja dan amalan kerana kepentingan dunia semata-mata, akan berhenti dari melaksanakannya atau meneruskannya apabila dilihat ianya tidak mempunyai kepentingan untuk pencapaiaan hasil keduniannya.
Dalam hal ini, nilai dan ganjaran yang diharapkan turut memberi kesan terhadap niat seseorang dalam melaksanakan sesuatu usaha, kerja dan amalan. Ia merupakan tabiat atau fitrah yang wujud dalam diri setiap insan.
Oleh itu, amatlah elok untuk kita melakukan muhasabah terhadap diri, apakah niat utama yang kita sematkan dalam hati ketika hendak melaksanakan sesuatu usaha, amalan atau perkara? Apakah yang kita harapkan sebenarnya pada akhirnya daripada usaha-usaha tersebut?
Sesungguhnya manusia dan niat mempunyai pelbagai peringkat dan darjat di sisi Allah. Sekiranya kita tidak mampu untuk mencapai peringkat yang tertinggi, sekurang-kurangnya janganlah berada di peringkat yang terendah di sisi-Nya. Sehingga kita hilang keseluruhannya nanti ganjaran di hari akhirat.
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Maka sesiapa yang hijrahnya bertujuan untuk mendapatkan keduniaan, atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu hanya kepada apa yang diniatkannya saja" (Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim)
Sabab Wurud hadis ini sangat popular dengan kisah seorang lelaki yang berhijrah ke Madinah kerana semata-mata ingin mengahwini wanita yang dicintainya; sehingga dia digelar sebagai Muhajir Ummu Qais.
Sehubungan itu, Baginda Nabi sallallah 'alaihi wasallam menjelaskan bahawa; setiap orang akan mendapat habuan mengikut apa yang diniatkannya. Maka sesiapa yang berniat melakukan sesuatu amal kerana kepentingan dunia, maka ia akan mendapat habuan untuk tujuan keduniaannya. Begitu juga mereka yang yang berniat melakukan sesuatu amal untuk Allah dan hari akhirat, maka baginya keredhaan Allah dan ganjaran di hari akhirat.
Dalam hal ini, nilai dan ganjaran yang diharapkan turut memberi kesan terhadap niat seseorang dalam melaksanakan sesuatu usaha, kerja dan amalan. Ia merupakan tabiat atau fitrah yang wujud dalam diri setiap insan.
Oleh itu, amatlah elok untuk kita melakukan muhasabah terhadap diri, apakah niat utama yang kita sematkan dalam hati ketika hendak melaksanakan sesuatu usaha, amalan atau perkara? Apakah yang kita harapkan sebenarnya pada akhirnya daripada usaha-usaha tersebut?
Sesungguhnya manusia dan niat mempunyai pelbagai peringkat dan darjat di sisi Allah. Sekiranya kita tidak mampu untuk mencapai peringkat yang tertinggi, sekurang-kurangnya janganlah berada di peringkat yang terendah di sisi-Nya. Sehingga kita hilang keseluruhannya nanti ganjaran di hari akhirat.
0 comments:
Post a Comment