Monday, 6 December 2010

WHAT IS AN ENCYCLICAL?


A Papal Encyclical is the name typically given to a letter written by a Pope to a particular audience of Bishops. This audience of Bishops may be all of the Bishops in a specific country or all of the Bishops in all countries throughout the world. 


A more complete description can be found in the Catholic Encyclopedia entry

"According to its etymology, an encyclical (from the Greek egkyklios, kyklos meaning a circle) is nothing more than a circular letter. In modern times, usage has confined the term almost exclusively to certain papal documents which differ in their technical form from the ordinary style of either Bulls or Briefs, and which in their superscription are explicitly addressed to the patriarchs, primates, archbishops, and bishops of the Universal Church in communion with the Apostolic See. By exception, encyclicals are also sometimes addressed to the archbishops and bishops of a particular country."

The 1917 Catholic Encyclopedia entry on Bulls and Briefs further explains other papal documents:

"In official language papal documents have at all times been called by various names, more or less descriptive of their character. For example, there are "constitutions," i.e., decisions addressed to all the faithful and determining some matter of faith or discipline; "encyclicals," which are letters sent to all the bishops of Christendom, or at least to all those in one particular country, and intended to guide them in their relations with their flocks; "decrees," pronouncements on points affecting the general welfare of the Church; "decretals" (epistolae decretales), which are papal replies to some particular difficulty submitted to the Holy See, but having the force of precedents to rule on all analogous cases. "Rescript," again, is a form applicable to almost any form of Apostolic letter which has been elicited by some previous appeal, while the nature of a "privilege" speaks for itself. But all these, down to the fifteenth century, seem to have been expedited by the papal chancery in the shape of bulls authenticated with leaden seals, and it is common enough to apply the term bull even to those very early papal letters of which we know little more than the substance, independently of the forms under which they were issued."

HASAN TURABI DI DALAM BUKUNYA BERTAJUK “TAJDID USUL FIQH AL-ISLAMI"

    Dua tahun lalu saya telah membaca tulisan Hasan Turabi di dalam bukunya bertajuk “Tajdid Usul Fiqh al-Islami”. Di dalam bukunya itu beliau memberi fokus terhadap satu bidang yang amat memerlukan Tajdid iaitu dalam bidang Usul Fiqh Islami. Menurut beliau menjadi kemestiaan untuk menjadikan ilmu Usul Fiqh sebagai ilmu yang mampu dihubungkannya dengan realiti kehidupan. Ini adalah disebabkan permasalahan-permasalahan Usul Fiqh yang lampau telah diambil secara terasing sehingga menjadikan ianya perbahasan-perbahasan teori yang mandul serta hampir-hampir tidak melahirkan Fiqh namun sering melahirkan perdebatan yang tidak berkesudahan. Oleh kerana sifat Fiqh itu sendiri yang sentiasa hidup dan berkembang berhadapan dengan permasalahan-permasalahan semasa maka menjadi kemestian untuk ilmu Usul Fiqh itu turut berkembang bersama Fiqh yang hidup.

    Dari karya ringkas yang telah dihasilkan beliau ini dapatlah disimpulkan bahawa pada peringkat awalnya terdapat satu saranan penting yang cuba diketengahkan iaitu pembaharuan dalam Usul Fiqh. Setelah sekian lama ilmu Usul Feqh klasik terperangkap dalam perbahasan-perbahasan teori yang hanya melahirkan banyak perdebatan yang tidak berkesudahan maka Tajdid dalam bidang Usul Fiqh mengajak kepada sebuah anjakan perubahan dari perbahasan-perbahasan teori yang mati kepada melahirkan natijah Fiqh yang hidup serta bersifat realiti dan semasa. (Ia adalah sesuatu yg. saya akui berdasarkan pengalaman pengajian Dirasah Nassiyah dari perbendaharaan kitab-kitab lama)

    Jika ditinjau pada peringkat awal penulisannya itu amat sukar untuk dipastikan sejauh mana maksud saranan tersebut serta ke arah mana pula halatuju pembaharuan itu akan dibawa. Apakah aspek pembaharuan yang dimaksudkan itu ialah dalam kaedah pembelajaran ilmu Usul Fiqh sahaja atau merombak langsung asas-asas kukuh dalam ilmu Usul Fiqh itu sendiri. Sekiranya aspek pembaharuan yang dimaksudkan ialah dalam kaedah pembelajaran ilmu Usul Fiqh sahaja maka perkara ini sebenarnya pernah juga disentuh secara tidak langsung oleh beberapa tokoh dan pemikir Islam berkenaan pembaharuan dalam kaedah pengajian dan pembelajaran ilmu-ilmu Syariah.

   Namun pada peringkat akhirnya perkara ini terjawab apabila beliau melontarkan idea supaya diperluaskan Ijtihad terhadap sumber-sumber pengeluaran hukum itu sendiri seperti Ijm‘a dan Qiyas. Dengan ini karya beliau bukan sekadar tidak lebih dari memfokuskan pembaharuan dalam ilmu Usul Fiqh malah sekana-akan meruntuhkannya pula.

   Sehingga kini saya masih tercari-cari maklmuat lanjut berkenaan pandangannya tersebut, apakah hanya sebagai cetusan idea yg. telah terkubur atau diteruskan, atau mendapat pandangan pemikir lain dari dimensi yg. berbeza

Tuesday, 30 November 2010

RASIONALISME

    Perkataan rasionalisme atau perkataan Inggerisnya rationalism dikatakan berasal dari perkataan Latin ratio di mana ia telah diistilahkan secara umum sebagai fahaman yang menjadikan panaakulan akal berdasarkan alasan (reason) atau logik sebagai asas yang sangat penting dalam diri manusia dalam melakukan sesuatu pertimbangan.

    Konsep utama yang menjadi pegangan fahaman ini ialah kepercayaan terhadap kemampuan dan autoriti akal fikiran (alasan) untuk menyingkap ilmu dan kebenaran. Rasionalisme juga berkeyakinan bahawa daya intelek yang wujud secara semulajadi dalam diri manusia iaitu akal mampu mencari dan menanggapi kebenaran dan ia juga dianggap sebagai sumber tertinggi untuk mendapat kebenaran dan mencapai segala ilmu pengetahuan. 


   Oleh itu di dalam Kamus Dewan perkataan ini telah mendifinasikan sebagai fahaman yang menganggap bahawa taakulan adalah asas yang paling baik dalam melakukan sesuatu tindakan, menyelesaikan masalah dan sebagainya.Secara tidak langsung pemikiran ini menolak sumber-sumber ilmu pengetahuan yang tidak didirikan berasaskan nilai-nilai saintifik seperti wahyu dan mukjizat.



    Dalam skop falsafah pemikiran yang sempit pemikiran rationalism ini telah disandarkan kepada seorang ahli falsafah Barat yang dianggap sebagai pelopor bagi pemikiran ini iaitu René Descartes (1596-1650). Pemikiran ini telah dikembangkan oleh tokoh-tokoh lain kemudiannya seperti Baruch Spinoza (1632-1677) dan Gottfried Wilhelm Leibniz (1646-1716). 

    Sementara dalam skop yang luas ia telah diterima sebagai semangat keyakinan yang berhubung dengan zaman enlightenment yang percaya kepada fakta saintifik, moral dan perkembangan sosial. Manakala dari sudut teologi ia turut dianggap sebagai pendekatan yang bertentangan dengan kepercayaan wahyu atau autoriti keagamaan. Maka dalam skop yang luas tersebut fahaman rasionalisme ini tidak dianggap berbeza dari aliran-aliran lain seperti empiricism Thomas Hobbes (1588-1679) dan John Locke (1632-1704) yang turut menerima pengalamaan pancaindera sebagai salah satu sumber pengetahuan lain selain akal fikiran.

Thursday, 21 October 2010

Ramadhan dan Lailatul Qadar

Sesungguhnya Allah telah memberi keistemewaan kepada umat Muhammad s.a.w berbanding umat-umat yang lalu dengan beberapa keistemewaan. Antaranya dianugerahkan untuk umat ini peluang untuk merebut ganjaran Lailatul Qadar. Ia adalah malam yang penuh keberkatan dan sebaik-baik malam. Malam yang dipilih oleh Allah dia antara malam-malam, malam perlaksanaan ibadah yang di dalamnya lebih baik dari seribu bulan. Allah s.w.t berfirman maksudnya:




"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!(al-Qadar:1-5)


Sebahagian ulama berpendapat, dinamakan ia sebagai malam al-Qadar ialah kerana ia mempunyai kemuliaan yang agung, ini kerana penggunaan kalimah qadr di dalam Bahasa Arab boleh membawa makna syaraf iaitu kemuliaan.

Kedua kerana pada malam tersebut telah ditentukan (qadar) apa yang akan berlaku pada tahun tersebut oleh Allah Taala.

Ketiga ialah kerana ibadah di dalamnya mempunyai kadar ganjaran pahala yang besar, sepertimana thabit dar hadis baginda nabi s.a.w yang bermaksud:


"Barangsiapa berdiri (shalat) pada malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Al-Bukhari II/709/1910 dan Muslim I/523/760)

Terdapat berbagai pendapat mengenai Lailatul Qadr dan penentuan waktunya, bahkan mencapai lebih dari 40 pendapat, sebagaimana dinyatakan oleh al-Hāfizh Ibn Hajar dalam Fathul Bāri [vol. IV, hal. 262]. Imam al-’Irāqi juga telah mengarang satu risalah khusus berjudul Syarh ash-Shadr bi Dzikr Lailatil Qadr yang menyebutkan perkataan para ulama dalam masalah ini. Pada kesempatan kali ini kami hanya akan membawakan sebagian dari pendapat yang dibawakan oleh Ibn Hajar:

Pertama: Malam Lailatul Qadr telah diangkat/dihapuskan, yaitu hukumnya hanya berlaku pada malam terjadinya hal tersebut dan tidak berlaku lagi sesudahnya. Pendapat ini dinisbatkan kepada Syī’ah Rāfidhah dan sebagian kalangan madzhab Hanafi. Dinukil dari Abū Hurairah bahwa beliau mengingkari pendapat ini.


Kedua: Lailatul Qadr hanya berlaku khusus pada satu tahun tertentu pada zaman Nabi `. Pendapat ini disebutkan oleh al-Fākihāni.

Ketiga: Lailatul Qadr dimungkinkan terjadi pada keseluruhan tahun (tidak hanya di bulan Ramadhān). Pendapat ini masyhur di kalangan madzhab Hanafi.


Keempat: Lailatul Qadr berlaku di bulan Ramadhān dan dimungkinkan berlaku pada malam tertentu dari seluruh malam Ramadhān. Pendapat ini dipegang oleh Ibn ‘Umar, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibn Abī Syaibah dalam Mushannaf-nya, juga Abū Hanīfah, Ibnu’l Mundzir dan as-Subki.


Kelima: Lailatul Qadr adalah malam pertengahan bulan Ramadhān. Pendapat ini dikutip oleh Sirāju’d Dīn Ibnu’l Mulaqqīn, guru Ibn Hajar.


Keenam: Lailatul Qadr terdapat pada pertengahan akhir bulan Ramadhān. Pendapat ini dikutip dalam Syarh as-Suruji, dari al-Muhīth.


Ketujuh: Lailatul Qadr terdapat pada malam tertentu dari sepuluh pertengahan bulan Ramadhān. Pendapat ini disebutkan oleh an-Nawawi dan ath-Thabari menisbatkannya kepada `Utsmān Ibn Abī’l `Āsh dan al-Hasan al-Bashri serta dipegang oleh sebagian madzhab Syafi`i.


Kelapan: Lailatul Qadr jatuh pada sepertiga akhir dari Ramadhān dan senantiasa berpindah-pindah setiap tahunnya. Pendapat ini dipegang oleh Abū Qilābah, Mālik, Ishaq, ats-Tsauri dan lain-lain.


Kesembilan: Pendapat-pendapat yang menyebutkan bahwa Lailatul Qadr jatuh pada malam tertentu dari bulan Ramadhān: Malam ke-17: Zaid Ibn Arqam, sebagaimana diriwayatkan Ibn Abī Syaibah dan ath-Thabrāni. Beliau menyatakan bahwa malam tersebut adalah malam diturunkannya al-Qur’ān. Hal senada juga diriwayatkan dari Ibn Mas`ūd. Malam ke-19: `Ali Ibn Abī Thālib, sebagaimana diriwayatkan oleh ‘Abdu’r Razzāq, dan ath-Thabari juga menisbatkannya kepada Zaid Ibn Tsābit serta Ibn Mas`ūd. Malam ke-23: Mu’āwiyah, Ibn ‘Abbās, Sa’īd Ibnu’l Musayyib dan lain-lain. Malam ke-27: Pendapat Imam Ahmad dan satu riwayat dari Abū Hanīfah, Abū Hurairah, ‘Umar, Hudzaifah dan lain-lain. Bahkan Ubay Ibn Ka’b sampai bersumpah untuk itu.


Pendapat paling terakhir juga dipegang oleh Syaikh al-Albāni [lihat mis: Qiyām Ramadhān, hal. 12]. Mungkin hal ini juga didasarkan dari pengamatan beliau selama bertahun-tahun. Sependek pengalaman kami, maka kami juga memiliki kecenderungan untuk sependapat dengan beliau. Syaikh as-Sayyid Sābiq juga mengatakan bahwa mayoritas ulama berpendapat bahwa penentuan Lailatul Qadr jatuh pada malam ke-27. Kemudian beliau membawakan riwayat yang menguatkan hal tersebut. [Fiqh as-Sunnah vol. I, hal. 595]


Rujukan:


1) http://tanyasyariah.wordpress.com/2007/11/29/lailatul-qadr/

2) Sumber asal: Ibn Hajar dalam Fathul Bari.

Saturday, 26 June 2010

SOLAT SUNAT GERHANA (KUSUF & KHUSUF )

Pada 26 Jun 2010 rakyat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan Separa dari jam 7:22 pm hingga 10:20 pm. Secara amnya gerhana bulan tersebut akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan akan melintasi bayang bumi.




Gerhana pada 26 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 04:57 p.m. waktu Malaysia. Walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap dan kebetulan juga pada waktu itu Bulan masih belum terbit lagi dari ufuk.Fenomena gerhana tersebut hanya dapat disaksikan apabila Bulan mulai terbit pada jam 7:22 pm dan Bulan telah pun memasuki bayang umbra Bumi (U1) sejak jam 6:17 pm lagi. Gerhana maksimum akan berlaku pada jam 7:38 pm. Fenomena gerhana ini dapat disaksikan sehingga 9:00 pm apabila Bulan keluar sepenuhnya dari umbra Bumi (U4).

Gerhana masih terus berlaku sehingga 10:20 pm tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana Bulan berada di kawasan bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.


www.angkasa.gov.my/planetarium


Umat Islam yang dapat menyaksikan fenemona kejadian Allah ini akan berpeluang untuk melakukan seperti apa yang pernah disarankan oleh baginda nabi sallallah 'alaihi wasallam apabila berlakunya gerhana iaitu menunaikan solat sunat gerhana yang dikenali sebagaia Solatul Khusuf.

Solat Sunat Gerhana (Kusuf & Khusuf )

Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai Solat Sunat Kusuf atau Solat Sunat Khusuf merupakan solat yang didirikan apabila terjadinya gerhana bulan atau gerhana matahari.







Definisi Kusuf Dan Khusuf


Kalimah Kusuf كسوف merupakan kalimah Arab di mana dari sudut bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari, sama ada terlindungnya itu sebahagian atau keseluruhan (sepenuhnya). Manakal kalimah Khusuf خسوف pula digunakan untuk terlindungnya cahaya bulan sama ada terlindungnya itu sebahagian atau keseluruhan (sepenuhnya). Walaubagaimanapun dua kalimah tersebut boleh digunakan untuk kedua-duanya sama ada gerhana matahari atau gerhana bulan. Namun, kebiasaannya kalimah kusuf digunakan untuk gerhana matahari sementara kalimah khusuf digunakan untuk gerhana bulan.





Solat sunat kusuf dan khusuf merupakan solat sunat yang disyariatkan kerana sebab berlakunya gerhana. Solat Sunat Kusuf (gerhana matahari) telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah manakala solat sunat khusuf (gerhana bulan) pula telah disyariatkan pada tahun kelima hijrah.
Hukum Solat Gerhana

Hukumnya adalah sunat muakkadah (sunat yang digalakkan/dituntut). Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Mafhumnya: “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran / kekuasaan) Allah, tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu, maka sembahyanglah, berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana) bagi kamu”.(Riwayat muslim: 904)

Catatan: Hadis ini diriwayatkan daripada Nabi s.a.w ketika berlaku kematian anak lelakinya Ibrahim di mana orang ramai ketika itu mendakwa dan menyangka bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika Jahiliyah, apabila berlakunya gerhana matahari atau bulan maka mereka beranggapan bahawa ianya berlaku disebababkan kematian orang besar atau mulia. Oleh itu, baginda nabi s.a.w menyangkal tanggapan tersebut dan menjelaskan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang Muslim. Solat ini sunat dilakukan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya “assolatu jami’ah”


Cara Menunaikan Solat Sunat Gerhana

Solat Sunat Kusuf dan Khusuf ditunaikan sebanyak 2 rakaat dengan diniatkan:

“Sahaja aku solat sunat gerhana bulan/matahari dua rakaat (sendiri/imam/makmum) kerana Allah ta’ala”

Terdapat dua cara menunaikan solat gerhana:

A) Cara Yang Paling Ringkas.
B) Cara Yang Paling Sempurna

A) Cara Yang Paling Ringkas


Ia merupakan cara yang paling ringkas untuk dilaksanakan solat sunat gerhana iaitu dengan setiap rakaat dua kali qiam, dua kali bacaan dan dua kali rukuk tanpa memanjangkan bacaan di mana perinciannya seperti berikut:
Rakaat Pertama


1. Niat
2. Takbiratul Ihram
3. Membaca Doa Iftitah
4. Membaca Al-Fatihah
5. Membaca Mana-Mana Surah
6. Rukuk
7. Iktidal
8. Membaca Surah Al-Fatihah
9. Membaca Mana-Mana Surah
10. Rukuk
11. Iktidal
12. Sujud
13. Duduk Antara Dua Sujud
14. Sujud Kembali
15. Bangun untuk Rakaat Kedua
Rakaat Kedua

1. Membaca Al-Fatihah
2. Membaca Mana-Mana Surah
3. Rukuk
4. Iktidal
5. Membaca Surah Al-Fatihah
6. Membaca Mana-Mana Surah
7. Rukuk
8. Iktidal
9. Sujud
10. Duduk Antara Dua Sujud
11. Sujud Kembali
12. Membaca Tasyahud Akhir
13. Salam


Catatan: Walaubagaimanapun, sebahagian pendapat menyatakan bahawa ianya sah sekiranya dilakukan dengan dua rakaat sepertimana solat jumaat akan tetapi ia tidak mendapat kelebihan (fadhilat) kerana bersalahan dengan apa yang pernah dilakukan oleh baginda nabi s.a.w.


A) Cara Yang Paling Sempurna

Ia juga dilakukan dengan setiap rakaat dua kali qiam, dua kali bacaan dan dua kali rukuk namun dipanjangkan bacaannya di mana perincian ringkas pelaksanaannya adalah seperti tersebut:

1. Pada rakaat pertama dibaca selepas surah al-Fatihah surah al-Baqarah atau surah-surah lain
yang sama kadar panjang dengannya dan kemudian rukuk.
2. Setelah rukuk dibaca selepas al-Fatihah pada qiam yang kedua lebih kurang 200 ayat al-
Quran.
3. Pada rakaat kedua dibaca selepas surah al-Fatihah lebih kurang 150 ayat kadar panjangnya
dan kemudian rukuk.
4. Setelah rukuk dibaca selepas al-Fatihah pada qiam kedua lebih kurang 100 ayat kadar
panjangnya.
5. Apabila rukuk dipanjangkan rukuk yang pertama (dalam rakaat pertama) sekira-kira bacaan
100 ayat al-Quran. Pada rukuk yang kedua (dalam rakaat pertama) dipanjangkan rukuk lebih kurang bacaan 80 ayat al-Quran. Rukuk yang ketiga (dalam rakaat kedua) dipanjangkan rukuk lebih kurang bacaan 70 ayat al-Quran. Dan rukuk yang keempat (dalam rakaat kedua) dipanjangkan rukuk lebih kurang bacaan 50 ayat al-Quran.

Dibaca pada solat kusuf (gerhana matahari) secara sir (perlahan) dan pada solat khusuf (gerhana bulan) secara jahr (nyaring/jelas). ]

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirrmidzi (562) daripada Jundub ra. Mafhumnya:
“Telah bersembahyang nabi bersama kami solat kusuf, kami tidak mendengar suaranya.”

(Riwayat Tirrmidzi : 562)

Dariapada Aisyah ra meriwayatkan: “Bahawa nabi telah menjaharkan (menyaringkan) bacaannya pada solat khusuf.”

(Bukhari: 1016; Muslim: 901)


Apabila selesai solat, disunatkan imam membaca khutbah seperti mana khutbah Jumaat. Diberi peringatan didalamnya kepada para jemaah supaya bertaubat dan melakukan perkara-perkara kebaikan serta mengingatkan mereka daripada kelalaian dan kelekaan.

Thursday, 13 May 2010

HUKUM BUNUH DIRI DI DALAM ISLAM



Kamus Dewan telah mendifinasikan perkataan bunuh diri sebagai perbuatan mengambil nyawa sendiri dengan sengaja. Di dalam Bahasa Arab perbuatan ini dinamakan sebagai al-Intihar, iaitu perbuatan sengaja dari individu untuk menamatkakan hayat kehidupannya. 

Perbuatan membunuh diri ini merupakan salah satu dosa besar dan dia akan diazab di akhirat kelak nanti sebagaimana cara dia membunuh dirinya di dunia. Daripada Abu Hurairah radiyallah ‘anhu bahawa baginda nabi sallalh ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:



“Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah hadis yang lain Thabit bin Dhahak meriwayatkan bahawa Rasulullah sallah ‘alaihi wasallam pernah bersabda yang bermaksud:

‘Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat’ (HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Jundub bin Abdillah r.a katanya Nabi s.a.w. bersabda:

Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang mengalami kecederaan, lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)

Perbuatan ini asalnya tidaklah mengeluarkan diri seseorang itu dari agama atau murtad, melainkan jika dia menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad. Dia dianggap melakukan dosa besar, di mana perhitungan amalannya tersebut diserahkan kepada Allah, sekiranya Dia kehendaki maka diampun atau diazabnya.

Secara umum kebanyakan para ulama berpendapat bahawa disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri.(Pendapat ini disandarkan kepada al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie). Manakala sebahagian yang lain berpendapat bahawa tidak disembahyangkan ke atasnya kerana kemaksiatannya, dan ini merupakan pendapat Umar bin Abd Aziz dan al-Auza’i.

Maka oleh itu sebahagian ulama berpendapat bahawa para ahli ilmu atau ulama wajar untuk mencontohi baginda dalam hal ini. Perkara ini adalah berdasarkan dari sebuah hadis bahawa didatangkan kepada Nabi s.a.w jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim). Walaubagaimanapun kebanyakan ulama memberi komentar tentang hadith ini bahawa baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh sahabat.

Namun kita wajar untuk memohon rahmat dan keampunan Allah s.w.t untuk keseluruhan kaum Muslimin. Wallah A’lam.

Tuesday, 4 May 2010

BEBERAPA HUKUM BERKAITAN KEGUGURAN II

Hukum-Hukum Berkaitan Dengan Wanita Yang Keguguran


    Sekiranya keguguran terjadi tatkala janin masih berbentuk zigote sebelum 40 hari, atau masih berbentuk embrio ( pada 40 hari kedua ), maka wajib bagi wanita tersebut untuk mengenakan pembalut (yang dapat menahan keluarnya darah mengenai pakaian ), karana Nabi shalallahu ‘alaihi wasalam memerintahkan Asma binti Umair untuk mengenakan pembalut tatkala melahirkan di Dzil Hulaifah.     ( HR Muslim ).


    Wanita tersebut juga wajib untuk tetap melaksanakan solat dan berpuasa jika ia sedang berpuasa, serta harus bagi suami untuk menggaulinya. Darah yang keluar dengan sebab keguguran pada tempoh ini lebih dekat hukumnya menurut pandangan sebahagian ahli ilmu; bahwa darah tersebut tidak membatalkan wudhu dan tidak wajib baginya untuk mengulangi wudhunya di setiap solat, kecuali sekiranya terdapat perkara-perkara yang lain yang menyebabkan batalnya wudhu’ tersebut.

    Manakala keguguran yang berlaku setelah hari ke-80, maka wanita tersebut wajib untuk memastikan; apakah janin tersebut sudah mula membentuk rupa manusia ataupun belum (meskipun hanya samar seperti mulai membentuk perut, kaki atau kepala). Kepastian tersebut boleh diperolehi dengan bertanya kepada doktor yang terpercaya (Thiqah).

    Sekiranya janin belum membentuk rupa manusia belum (meskipun hanya samar seperti mulai membentuk perut, kaki atau kepala), maka wanita tersebut dihukumi seperti hukum yang sebelumnya. Wanita tersebut boleh sholat, puasa ataupun bergaul dengan suaminya. Dia tidak diwajibkan mengulangi wudhunya setiap kali hendak mengerjakan solat kecuali sekiranya ada perkara-perkara lain yang membatalkan wudhunya.

    Sekiranya janin sudah mulai membentuk manusia meskipun hanya samar seperti telah ada bentuk kaki, tangan atau kepala, maka wanita tersebut dihukumi dengan hukum nifas. Maka dia tidak boleh menuanaikan solat, puasa ataupun bergaul dengan suaminya, hingga darah nifasnya berhenti, atau keluar cairan kekuning-kuningan atau cairan keruh, atau sudah mencapai hari ke-40 dari pendarahan. Apabila sudah mencapai hari ke-40 ini, maka wanita tersebut perlu mandi, dan kemudiannya boleh untuk menunaikan solat, puasa dan suami juga boleh mencampurinya.

    Dalam situasi yan lain, sekiranya keguguran terjadi setelah hari ke-80, dan tidak diketahui apakah janin sudah berbentuk manusia atau belum, maka wanita tersebut boleh mengambil perkiran berikut:

    i) Apabila keguguran setelah hari ke 90, maka dia dihukumi dengan hukum nifas. Maka dia tidak boleh menunaikan solat, puasa dan tidak boleh bercampur dengan suaminya hingga darah berhenti, atau keluar cairan kekuning-kuningan atau keruh, atau mencapai hari ke-40 dari pendarahan. Jika telah mencapai hari ke-40, maka wanita tersebut perlu mandi, dan boleh menunaikan solat, berpuasa, dan bercampur dengan suaminya.

    ii) Apabila keguguran tersebut belum mencapai usia 90 hari kehamilan, dan tidak diketahui apakah janin sudah berbentuk manusia atau belum, maka hendaklah wanita tersebut mengenakan pembalut untuk mencegah keluarnya darah dari mengenai pakaiannya. Ia boleh menunaikan solat, puasa dan boleh bercampur dengan suaminya. Darah yang keluar darinya tidak membatalkan wudhu dan tidak wajib mengulang wudhunya setiap hendak menunaikan solat kecuali ada perkara-perkara lain yang membatalkan wudhunya.


Wallah ‘Alam.

Wednesday, 21 April 2010

BEBERAPA HUKUM BERKAITAN KEGUGURAN I

    Anak atau kandungan wanita yang keguguran dikenali didalam bahasa Arab sebagai al-Siqt السقط. Al-Siqt secara bahasa adalah anak yang lahir dari perut ibunya dalam keadaan tidak sempurna. Namun apa yang dimaksudkan untuk permasalahan hukum di sini ialah janin yang lahir dari perut ibunya dalam keadaan telah meninggal dunia. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam pernah bersabda :

"Demi zat yang jiwaku berada di tangannya, sesungguhnya janin yang keguguran (al-Siqt) akan membawa ibunya ke dalam syurga dengan bersama ari-arinya apabila ibunya mengharap pahala dari Allah (dengan musibah tersebut” (Riwayat Ibnu Majah; ditadh’ifkan oleh al-Nawawi dalam al-Khulasah dan disaahihkan oleh Albani dalam Sahih Ibn Majah)

    Kebiasaannya janin yang berada diperut seorang ibu itu akan melalui tiga fasa perkembangan. Di dalam al-Quran Allah s.w.t telah berfirman maksudnya:

“Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan….” ( Al Hajj : 5 )

    Keterangan ini dikuatkan ole al-Sunnah bahawa nabi shalallahu ‘alaihi wasalam pernah bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya setiap kamu terkumpul kejadiannya dalam perut ibumu selama 40 hari dalam bentuk ‘nuthfah’(setitis mani), kemudian dalam bentuk ‘alaqah’ (segumpal darah) selama itu pula, kemudian dalam bentuk ‘mudghah’ (segumpal daging) selama itu pula, kemudian ditiupkan ruh kepadanya.” [HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ahmad, dan Tirmidzi]




Hukum Memandikan, Mengkafankan dan Menyembahyangkan


    Para ahli ilmu telah sepakat bahawa sekiranya anak tersebut telah hidup awalnya atau bersuara maka dia dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. Kesepakatan ini dinaqalkan secara Ijma' oleh Ibn Munzir, Ibn Qudamah (dalam kitabnya al-Mughni), al-Kasani (dalam Badai' al-Sanai') dan al-Nawawi (dalam Majmu'). Menurut al-Nawawi dia dikafankan seperti mereka yang baligh (3 helai).


    Namun sekiranya ia tidak bersuara, maka telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa sekiranya ia cukup 4 bulan maka dia dimandikan dan disembahyangkan, dan ini merupakan pendapat Said bin Musayyab, Ibn Sirin dan Ishaq, dan telah menyembahyangkan Ibn Umar ke atas cucu lelaki bagi anak perempuannya yang lahir mati (Rujuk Mughni Ibn Qudamah al-Maqdisi).

    Pendapat ini juga turut dinaqalkan dari beliau (Imam Ahmad) dalam kitab Masa'il Imam Ahmad allati rawaha Ibnuhu Abdullah. Kata Abdullah (anak kepada Imam Ahmad):


“Aku mendengar ayahku ditanya tentang anak yg dilahirkan, bilakah dia disembahyangkan ke atasnya? Katanya: "Sekiranya ia (al-Siqt) cukup 4 bulan maka ia disembahyangkan". Telah ditanya kemudiannya: "Adakah ia disembahyangkan meskipun tidak bersuara (lam yastahill)". Jawabnya:"Ya".

    Tempoh 4 bulan ini diambil kira berdasarkan telah berlakunya ketika itu tiupan roh dalam fasa perkembangan seseorang manusia di alam janin. Oleh itu sekiranya ia tidak cukup 4 bulan, maka dia tidak dimandikan dan tidak disembahyangkan, ini kerana tempoh tersebut ia belum lagi ditiupkan roh.


Aqiqah Bagi Anak Yang Gugur Setelah 4 Bulan


    Berkenaan pensyariatan aqiqah bagi anak yang gugur setelah tempoh 4 bulan tersebut, para ulama telah berselisih pandangan berkenaan dengannya. Sebahagian ulama berpandangan bahawa ianya disyariatkan dan merupakan perkara yang Mustahab dan dia juga diberi nama. (Rujuk Fatwa Lujnah Daimah Arab Saudi).

Sunday, 7 March 2010

PERAYAAN MAULID AL-RASUL: SEBUAH SOROTAN RINGKAS SEJARAH DAN BEBERAPA PANDANGAN ULAMA TERHADAPNYA

Setiap tahun apabila tibanya bulan Rabi’ al-Awwal kebanyakan umat Islam di dunia merayakan satu peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu kelahiran baginda Nabi sallallah ‘alaihi wasallam atau Mauli al-Rasul. Namun adakalanya umat Islam sesekali tersepit antara dua pandangan ulama berkenaan perayaan ini. Tulisan ini cuba untuk menyoroti sejarah ringkas perayaan atau sambutan ini dan beberapa pandangan ulama berkenaan dengannya seterusnya cuba untuk mencari titik pertemuan atau rumusan berkenaan perkara ini.

    Umum masyarakat Islam mengetahui bahawa apabila tibanya bulan Rabi’ al-Awwal terdapat satu peristiwa sejarah yang sering dirayakan oleh kebanyakan umat Islam. Peristiwa tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah kelahiran baginda nabi sallallah ‘alaihi wasallam atau Maulid al-Rasul. Dikatakan bahawa bangsa Arab menamakan bulan tersebut sebagai Rabi’ (musim bunga) kerana bulan tersebut bermulanya musim bunga bagi tanaman mereka. Mengikut kebiasaannya di tanah Arab, sewaktu bulan Rabi’ al-Awwal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabi’ al-Awwal ini sehinggalah sekarang. Namun terdapat catatan yang menyatakan bahawa namanya ketika Jahiliyyah ialah ‘Khawwan’ atau ‘Khuwwan’.

    Catatan sejarah Islam menyaksikan bahawa pada bulan ini pernah berlaku lebih dari satu peristiwa penting, antaranya yang berkaitan dengan baginda nabi Muhammad sallalah ‘alaihi wasallam sendiri seperti; diangkatnya baginda menjadi Rasul, bulan berlakunya hijrah baginda, berlakunya beberapa peperangan di masa hayat baginda seperti peperangan Safwan (Badar pertama), Ghatfan, Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan. Di samping itu tidak juga dilupa berlakunya kewafatan baginda sallallah ‘alaihi wasallam, pada hari Isnin 12 Rabi’ al-Awwal 11H, bersamaan 7 Jun 632M.

    Sementara dalam sejarah Islam selepas itu, antaranya berlakunya pelantikan Abu Bakr al-Siddiq radiyallahanhu sebagai khalifah yang pertama, pembukaan Iraq oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni al-Walid radiyallahanhu, pembukaan Baitul Muqaddis oleh Salahuddin al-Ayubi (583 H), dan kejatuhan empayar kerajaan Islam Sepanyol di mana kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H, sehingga bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut. Namun begitu, catatan-catatan ini jarang dikenang perjalanan sejarahnya, melainkan satu peristiwa yang paling masyhur seperti yang telah dimaklumi oleh umat Islam kebanyakannya.



    Sekiranya diteliti Sirah Nabawiyah, Tarikh (sejarah) Sahabat, Tabi’in dan Tabi’ al-Tabi ‘in, maka pada asalnya tidaklah ditemui catatan bahawa terdapat perayaan khusus yang dilakukan oleh 3 generasi awal Islam ini, samada sempena merayakan kelahiran, mahupun meratapi pemergian atau kewafatan baginda nabi sallallah ‘alaihi wasallam di bulan Rabi’ al-Awwal ini. Keadaan ini sama sekali tidak pernah menafikan kecintaan mereka terhadap baginda sallallah ‘alaihi wasallam, bahkan 3 kurun yang awal ini telah diisyaratkan oleh baginda nabi sallallah ‘alaihi wasallam sebagai 3 kurun yang terbaik. Mafhum sabda baginda nabi sallallah ‘alaihi wasallam: “Sebaik-baik kalian adalah pada kurun aku, kemudian pada kurun yang mengikutinya, kemudian pada kurun yang mengikutinya” (Sahih: Hadis daripada Imran bin Husain radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, di atas adalah dengan lafaz al-Bukhari, lihat Sahih al-Bukhari – no: 3650. (Kitab Fadhilat Sahabat).

    Oleh itu al-Hafiz al-Sakhawi pernah berkata: ‘Perbuatan yang berkaitan Maulid ini tidak pernah dinaqalkan daripada sesiapapun dari kalangan salaf al-Soleh di 3 kurun awal yang mulia ini, akan tetapi ia berlaku selepas itu..’(Lihat Subul al-Huda wa al-Rasyad li al-Salihi)

    Menurut catatan seorang ulama sejarah ahli sunnah iaitu al-Imam al-Maqrizi (ulama sejarah Muslim, ahli sejarah Mesir; Ahmad bin ‘Ali al-Maqrizi atau dikenali sebagai Taqiy al-Din al-Maqrizi, lahir dan wafat di Kaherah (764-845 H/1364-1442 M) )) perkara ini dimulakan oleh kerajaan Fatimiyyah di Mesir. Di zaman pemerintahan kerajaan Fatimiyyah, terdapat hari-hari yang ditentukan dalam setahun untuk dijadikan perayaan dan musim-musim, di mana rakyat telah diberi kebebasan serta ditambah kenikmatan. (Lihat juga Dr. Wahbah al-Zuhaily, al-Bida’ al-Munkarah)





    Menurut catatan beliau lagi, dimasa tersebut setiap tahun selalu dirayakan dan dimeriahkan hari-hari tertentu, diantara hari-hari tersebut adalah hari pembukaan tahun, tahun baru, sepuluh ‘Asyura, Maulid Nabi s.a.w, Maulid Ali bin Abi Thalib r.a, Maulid Hasan dan Husein bin Ali –r.anhuma, Maulid Fatimah Az Zahra, Maulid Khalifah Hadhir, malam pertama di bulan Rejab, malam pertengahan bulan Sya’ban (nisfu Sya’ban), musim malam Ramadhan, awal bulan Ramadhan, pertengahan bulan Ramadhan, malam penutupan, Idul Fitri, Idul Adha, Idul Ghodir, Kiswah Musim dingin, Kiswah musim panas, musim pembukaan Kholij, hari Nairuz, hari Ghutos, hari kelahiran, kamis Al ‘adas dan hari-hari Rukubat. Berkata Al Muqrizi didalam kitabnya It’aazh Al Hunafa:
“Di bulan Rabi’ al-Awwal mereka (penguasa Fatimiyyah) memerintahkan dan mengharuskan warganya diwaktu malam hari untuk menyalakan lentera sepanjang jalan serta lorong-lorong kecil”

    Perkara ini telah menjadi kebiasaan serta adat di zaman tersebut. Beliau juga memberi gambaran tentang perayaan-perayaan dimasa itu khususnya perayaan maulid Nabi -shallallahu ‘alaihi wa sallam- serta menukilkan tentang kemeriahan pesta dihari tersebut dan lainnya ( lihat Al Khuthat : 1/432-433, Shabjul A’sya li al-Qolqosyandi : 3/498-499).

    Al-Maqrizi juga menjelaskan bahwa begitu banyak perayaan yang dilakukan oleh Fatimiyyun dalam setahun. Beliau menyebutkan lebih kurang ada 25 perayaan. Bahkan mereka juga merayakan perayaan hari raya orang-orang Majusi dan Nashrani seperti hari Nauruz (tahun baru Persia) dan hari Al-Ghottos.


    Perkara ini berkemungkinan dari pegangan kerajaan Fatimiyyah ketika itu yang berketurunan bani Ubaid, mereka lebih dikenal dengan sebutan Fatimiyyin(Daulah Batiniyyah, Rafidhah,(Syiah)). Oleh itu menurut satu catatan Al-Qadhi Abu Bakar Al-Baqillani dalam kitabnya pernah menyebut bahawa, Bani Fatimiyyun adalah keturunan Majusi. Cara beragama mereka lebih parah daripada Yahudi dan Nashrani. Bahkan yang paling ekstrim di antara mereka mendakwa Ali sebagai ‘Ilah (tuhan) (Lihat Al Bida’AlHauliyah)

    Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada zaman pemerintahan al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu al-Athir. Masyarakat juga berhenti merayakannya sehingga Al-Ma'mun Al-Bataa'ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.

    Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan semula. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa'd Kawakbri Ibn Zein al-Din `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di bandar Irbil. Beliau merupakan seorang Sunni (ahli Sunnah). Beliau mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, beliau akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu. Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

    Oleh kerana amalan bid'ah yang banyak tersebar ketika perayaan tersebut di masa itu, ulama' telah berbeza pendapat akan keharusan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Suyuthi, Ibn Hajar Al-`Asqalani dan Ibn Hajar Al-Haitami. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membantah beberapa aturcara yang bercanggahan dengan Syara’ ketika Maulid itu(pada zamannya).

    Seperti yang telah diketahui hingga kini, perayaan Maulid al- Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Ulama' berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Kita sebagai masyarakat awam adakalanya tersepit antara dua pendapat. Antara ulama' yang menyokong akan Maulid al-Rasul ialah Imam Jalaluddin al-Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan. Antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi mereka yang membolehkan Maulid ini:

1) Firman Allah: 



“Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya,menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung." –( Al-Araf: 157)

Menurut mereka yang meyokongnya perayaan menyambut Maulid al-Rasul ini termasuk dalam erti memuliakan baginda nabi.

2) Firman Allah: 

"Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah."- (Ibrahim : 5 )

    Keterangan: Al-Baihaqi di dalam "Sya’bu al-Iman" daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw telah berkata: Sesungguhnya baginda menafsirkan 'hari-hari Allah ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum: - Umat Islam dibolehkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulid, mi'raj dan lain-lain.

3) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.)telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: "Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.

"Meskipun ‘istidlal’ (mengambil hujah) ini agak jauh untuk menunjukkan keharusan merayakannya, namun ia menunjukkan baginda nabi mengiktiraf kelahirannya.

Sementara itu terdapat sebahagian ulama yang tidak mengharuskannya. Antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi mereka ialah:

1) Nabi Muhammad saw tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untu merayakan hari kelahirannya. Nabi saw telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari: Baginda bersabda mafhumnya: "Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah,'hamba Allah dan pesuruh Nya."

Apa yang telah disaran Rasulullah saw hanyalah menjadikan hari Isnin sebagai satu hari untuk berpuasa, yang mana berbeza dengan perayaan. Maka ini bertepatan dengan hadis di dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: "Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan."

Begitu juga baginda nabi pernah berpesan:"…Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid'ah , dan setiap bid'ah itu adalah sesat " . [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

2) Para sahabat Rasulullah saw dan juga generasi pada 3 abad kemudian tidak pernah merayakannya walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw lebih dari umat terkemudian. Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imran bin Husain r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka”.

Perayaan Maulid Nabi dibuat setelah beberapa abad kemudian yang mana ciri-ciri agama Islam yang sebenar sudah hilang dan bid'ah berleluasa.

3) Allah berfirman di dalam Al-Quran: Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "Katakanlah, "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". (QS. 3:31-32)

Ayat di atas menerangkan cara menunjukkan kasih sayang yang sebenar yang patut dilakukan oleh umat Islam terhadap Rasulullah saw ialah dengan mengikuti apa yang diajarkan oleh baginda. Manakla ayat kedua menekankan kepentingan dalam menuruti kehendak Allah dan RasulNya.


4) Kata-kata sahabat Rasulullah saw: Huzaifah Ibnu Al-Yaman ra berkata : "Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya"

Dan berkata Ibnu Mas'ud :"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"


Setelah mencermati dua pandangan yang berbeza di atas, para ulama terkemudian cenderung untuk memberi pandangan yang sederhana antara keduanya. Syeikh Atiyah Saqr umpamanya pernah berkata:

"Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid'ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat, jika sesuatu acara tidak dilangsungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat."


Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini. Secara ringkasnya beliau berkata:

"Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa'd Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertiman keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini. Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Namun malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid'ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam. Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid'ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam."

    Dari sorotan ringkas sejarah dan beberapa pandangan ulama berkenaan perkara ini, maka dapatlah dibuat kesimpulan bahawa; kita sebagai umat Islam dianjurkan mengingati dan mencontohi baginda nabi sallallah ‘alaihi wasallam. Ini merupakan perkara yang disepakati tanpa khilaf. Sambutan Maulid al-Rasul tidak salah dibuat sekiranya pengisiannya tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Di kala umat Islam semakin lupa terhadap Rasulullah sallallah ‘alaihi wasallam maka kita sebagai umat Islam wajar mencari alternatif-alternatif baru bagaimana usaha mengenali dan mencontohi keperibadian baginda nabi sallalh ‘alaihi wasallam dapat diterapkan selagimana cara tersebut tidak bercanggah dengan syariat. Adalah baik sekiranya aktiviti yang dianjurkan tersebut mampu memberi kesan terhadap penghayatan dan bukanlah sekadar hiburan semata-mata.

Wednesday, 13 January 2010

Novel Oh Novel

Saya tak percaya. Dalam kekalutan harian menyempurnakan pelbagai tugasan dan tanggungjawab saya masih sempat mancapai sebuah novel dan membelinya setelah singgah sebentar di sebuah kedai buku popular minggu lalu. Saya sememangnya tidak pernah terlintas untuk membaca novel dalam tempoh kesibukan ini. Malah saya telahpun meninggalkan hobi membaca novel ini sejak meninggalkan alam remaja di bangku sekolah. Cuma sesekali menumpang baca novel-novel koleksi adik-adik saya sekiranya berkesempatan pulang bercuti. Itupun baca depan sikit, tengah sikit dan belakang sikit. Kemudiannya membuat rumusan umum cerita secara keseluruhannya.


Novel amat berpengaruh bagi jiwa remaja. Saya juga pernah berangan-angan dan mencuba untuk menulis novel suatu ketika dulu. Namun setelah beberapa kali 'folder' hasil tulisan saya hilang, saya hanya mampu menulis ulang buat kali terakhir dan menyiapkannya sekitar 70% penceritaannya. Setelah membaca sebuah novel Hamka 2 tahun yang lalu, saya terasa mendapat inspirasi dan masih berangan-angan untuk menyudahkannya suatu ketika nanti. Barangkali saya terpengaruh dengan ketokohan Hamka dan keupayaannya menghasilkan sesuatu dalam bentuk novel sastera.


Bagi mereka yang menjiwai agama, novel-novel karya Siti Hazneza Abd Hamid mungkin memberikan suatu nilai yang sedikit berbeza. Bagi para dai, mungkin mampu dilihat di sana nilai ertinya berkhidmat dan memberi. Sekiranya sewaktu usia remaja dulu keinginan saya membaca novel adalah dengan tujuan untuk mengetahui apakah kesudahan watak dan ceritanya, maka senggang-senggang yang mampu dicuri untuk membaca novel kini adalah bertujuan untuk saya mengenali watak dan latar belakang pengarangnya.


Perlu diingat! Novel bukan sumber pegangan seperti al-Quran dan al-Sunnah. Ia cuma cerita dengan seni gaya dan bahasa. Terlalu membaca novel buat remaja adakalanya akan membuatkannya berada sekali sekala terawang-awangan antara khayalan dan realiti. Cubitlah sekali-sekala untuk tersedar dari mimpi. Pilih-pilihlah novel-novel yang bermutu dan berkualiti.

Jauh sekali, dan amat-amat sekali, dan tiada bandingan untuknya, sekiranya dicuba juga untuk dibandingkan dengan al-Quran yang mampu memberi santapan rohani, ayat-ayat indah buat mereka yang dianugerahkan untuk memahami, panduan untuk kehidupan, bekalan dalam perjalanan, ubat bagi hati yang gundah gulana, penenang bagi hati yang resah dan gelisah, dan bahagialah buat mereka yang dianugerahkan untuk menikmatinya. Membacanya dengan kemahiran bersama safaratil kiramil bararah, membacanya dengan kepayahan mendapat janji dua kali pahala sebagai ganjaran.


Barangkali pembaca-pembaca novel Siti Hazneza akan tertanya-tanya setiap kali menghabiskan bacaan karya dari setiap novel-novelnya. Sampai bilakah dia akan terus menulis watak-watak di dalamnya yang sentiasa memberi dan memberi. Saya tidak menemui banyak perbezaan, melainkan dalam karya 'Angin Dingin Dari Utara' ada sedikit kelainan. Unsur set Matematik dan penaakulan Mantik itu yang cuba diketengahkan walaupun sedikit memang menarik minat saya. Ya, mungkin ramai juga yang tertanya-tanya, mengapa tidak sekali-sekala dia menulis sesuatu karya yang baru, sesekali kita memberi, dan sesekali sebagai manusia...kita perlu juga menerima..

*Quran sentiasa memujuk hati, kerana ia memahami fitrah dan naluri.


p/s: Untuk mereka yang anti novel, post ini tidak berkaitan dengan anda.