Beberapa tahun yang lalu ketika
masih berkhidmat sebagai pendidik di sekolah, saya telah dikunjungi oleh
seorang junior semasa zaman persekolahan dulu. Kedatangannya menziarahi saya
bertujuan berkongsi masalah dan pengalaman. Hidup ini ada jatuh
bangunnya.
Berkongsi pengalaman adalah satu aktiviti positif dalam membangunkan kembali rasa keyakinan diri. Katanya dia diuji dengan kegagalan dan kehilangan pada tahun ini. Selain gagal untuk melagsungkan perkahwinan, percubaannya dalam menerokai dunia perniagaan turut musnah. Hutang-piutang pula seringkali membelengu di kepala. Apa yang mendukacitakan lagi ialah perkara ini berlaku dalam keadaan dia belum sempat meghabiskan tahun akhir pengajiannya di Universiti.
Amat Bermakna Bagi
Mereka
Sekiranya menjadi
tabiat kebiasaanya kita diajar bercakap dan memberi pandangan, adakalanya
sesekali elok juga kita berlatih dan membiasakan diri untuk mendengar orang
meluahkan permasalahan. Meskipun kita mungkin cuma sempat meluangkan masa untuk
mendengarnya sekadar tempoh menghabiskan secawan teh O panas. Pengorbanan
tersebut amatlah bermakna bagi mereka.
Making Mistakes Is Simply
Mean You Are Learning Faster
Menceritakan
pengalamannya bagaimana dia berani mengambil risiko memulakan bisnes agak
menarik juga. Ianya bermula selepas dia membaca sebuah buku yang bertajuk 'Dare
To Fail' Tenyata buku tersebut banyak memberi kesan terhadap dirinya. Buktinya
dia telah menangguhkan semester pengajiannya semata-mata untuk menghidupkan
tapak mula perniagaannya. Oleh kerana kehidupan ini tiada siapa yang mampu
menelah secara tepat kemungkinan dan keberangkaliannya maka ditakdirkan dia
gagal dan kerugian. Penceritaanya tersebut membantu saya memberi beberapa
respon sebagai perkongsian pandangan. Teringat saya satu kata-kata positif yang
berbunyi: 'Making Mistakes Is Simply Mean You Are Learning Faster',
melakukan kesalahan bermakna anda belajar sesuatu dengan lebih cepat.
Kekuatan minda
secara positif sahaja tidak mencukupi. Perancangan yang tersusun rapi dan
teliti, amatlah perlu dalam merangka satu plan tindakan. Meskipun untuk memulakan sesuatu usaha
yang mencabar pemikiran positif ke arah kejayaan amatlah digalakkan. Namun
dalam merancang plan tindakan, perkara-perkara negatif yang mungkin berlaku
perlu juga diambil kira. Setidak-tidaknya ada persediaan awal bagi menghadapi
kemungkinan-kemungkinan yang tidak diharapkan. Namun kadang-kadang perancangan yang
disangka rapi dan teliti pun diuji oleh Allah dengan kegagalan. Maka di sinilah
perlunya sifat redha dan sabar dengan ketentuan.
Keberanian Mengambil
Risiko
Keberaniaan mengambil risiko adalah satu sikap yang melambangkan optimis dan keyakinan diri. Namun keberaniaan ini perlu juga mengambil kira kemampuan dan kekuatan yang ada. Sikap terlalu berhati-hati kata orang sama risikonya dengan sikap terlalu kurang berhati-hati. Mengambil langkah sederhana adalah jalan pertengahan yang mungkin memuaskan keseimbangan antara keberanian dan ketakutan. Dan Islam juga suka kepada kesederhanaan.
Sebahagian dari
kita mungkin suka dengan cara yang begini. Melihat risiko dan mengukur
kemampuan diri sebelum mengambil sebarang tindakan. Namun perkara ini adalah pilihan yang
tidak menentu, adakalanya kita teringin untuk melakukan sesuatu percubaan yang
mungkin melampaui tahap kemampuan yang kita jangkakan. Sesekali membuat
percubaan berani seperti ini saya kira perlu untuk meningkatkan keyakinan diri.
Tapi sebelum itu pastikan diri kita sanggup menerima kegagalan sekiranya tidak
berjaya seperti yang dihajatkan.
Kegagalan Yang
Diterbalikkan
Saya sempat membaca
buku Billi ini secara langkau kira-kira dua tahun lalu ketika mengunjungi
sebuah kedai alat-tulis di Pulau Pinang. Kejayaan sebenar 'Dare To Fail' pada
hemat saya bukanlah kerana dia ingin menceritakan kejayaaan. Kejayaan 'Dare To
Fail' ialah kerana kegagalan yang
cuba diterbalikkan. Menukarkan
kegagalan kepada sesuatu yang positif untuk tidak terus berputus-asa berhadapan
dengan cabaran.
Secara
penelitiannya pemikiran positif ini telahpun diajar di dalam al-Quran,
hadis-hadis dan kitab-kitab sirah perjuangan para rasul dan nabi-nabi. Malah
ianya dapat dilihat dalam kehidupan para salafusoleh generasi yang menempah
nama indah dalah sejarah yang layak untuk dikaji. Ianya teguh kerana tumbuh
dari benih keimanan dan ketakwaan yang bersumberkan wahyu al-Quran dan Sunnah
nabi. Dan akhir pertemuan tersebut saya
menyatakannya padanya:
'Betullah apa yang anta baca, dare to fail, berani untuk gagal, sekarang kena berani la..' dan kenyataan dare to fail ini perlulah dihadapi dengan tabah dan sabar".
0 comments:
Post a Comment