Berbicara tentang musibah dan ujian kurang nilainya sekiranya kita belum pernah menempuhnya. Begitu juga bercakap tentang kejayaan dan kegagalan. Kata orang, orang yang telah berjaya mengecapi kejayaan lebih mudah menyampaikan motivasi tentang kejayaan dengan lebih meyakinkan kepada orang yang ingin mendengarnya. Samada ukuran kejayaan itu diukur secara material melalui pencapaian-pencapaian dalam hidupnya seperti kebiasaan orang menilainya. Atau dengan pengamatan yang lebih halus iaitu dengan melihat kekuatan 'spritiual' orang itu sendiri.
Begitu juga apabila berbicara tentang kegagalan. Seseorang itu dianggap kurang kelayakan untuk bercakap tentang kegagalan kecuali dia telah mengalami dan berjaya menempuhnya. Adalah satu kesilapan apabila sesetengah orang membayangkan cerita motivasi itu adalah cerita kejayaan semata-mata. Motivasi sebenarnya adalah perjuangan dalam menempuh kehidupan itu sendiri. Kekuatan dalaman seseorang itu sendiri, sejauh mana dia mampu untuk terus bertahan, jatuh dan bangun semula. Inilah yang gagal difahami oleh sebahagian kecil anak didik saya apabila saya bercerita tentang motivasi. Malah sebahagian dari orang dewasa sendiri. Mereka tidak menyangka bahawa cerita tentang kegagalan itu sendiri merupakan sebahagian dari cerita motivasi.
Sekiranya kita rajin menelaah sirah, kita akan mendapati dalam perjuangan baginda Rasul dan sahabat-sahabat sendiri terdapat saat-saat kejayaan dan saat-saat kegagalan. Saat-saat kegembiraan dan saat-saat kesedihan dan kekecewaan. Begitu juga apabila kita membaca cerita-cerita tokoh-tokoh besar di kalangan ulama umpamanya. Tiada seorangpun tokoh Islam yang berjaya menempah nama harum di bumi ini dan lebih-lebih harapannya di langit, menempuh kehidupan dunia ini dengan hidup sentiasa senang-lenang dan bergoyang kaki.
Mereka yang hanya dihidangkan dengan cerita-cerita kejayaan semata-mata, tanpa menemui cerita-cerita tentang kegagalan mungkin akan menghadapi masalah besar apabila mereka ditakdirkan akan menempuh kegagalan suatu hari nanti. Inilah yang jarang diselitkan dalam slot ceramah-ceramah motivasi. Mungkin ada yang kurang bersetuju kerana ia mungkin boleh mewujudkan sisi negatif dalam minda untuk mencapai kejayaan. Namun saya memiliki pandangan yang tersendiri. Dan bersama-sama mereka yang meyakini penuh ketentuan Qada dan Qadar, cerita-cerita kegagalan yang diselang selikan dengan cerita-cerita kejayaan ini tidaklah pernah melemahkan semangat kami. Saya pernah membaca karya Hasan al-Banna menyentuh tentang keimanan kepada Qada dan Qadar ini. Ia adalah kefahaman yang berpaksikan keimanan di hati. Setidak-tidaknya saya tidaklah berbohong tentang kehidupan ini hanya dengan cerita-cerita indah semata-mata. Berpijak di bumi realiti, dan berpijak kepada pengalaman hidup yang dilalui sendiri, itulah perjuangan kehidupan yang perlu dilalui oleh setiap makhluk yang bernama manusia.

Pada penghujung tahun 2005 saya pernah menerima mesej dari seorang anak didik saya yang ingin lari dari rumah akibat tertekan dengan keputusan peperiksaan PMR tidak seperti yang diharapkan. Barangkali harapan keluarga yang terlalu menggunung tinggi. Motivasi-motivasi yang dihadiri yang menekankan kejayaan material semata-mata adalah faktor-faktor yang menekan diri. Mungkin gagal atau kurang berjaya dalam PMR kelihatan remeh bunyinya bagi orang dewasa untuk menjadi permasalahan. Namun minda anak-anak remaja tidak sama dengan orang dewasa. Adakalanya kita mendengar beberapa permasalahan yang dirasakan tidaklah sebesar mana. Namun kita bersedia mendengarnya. Mendengar adakalanya lebih sukar dari bercakap. Sekiranya selalu kita bercakap dengan maksud memberi maka tidak salah sesekali kita memberi dengan mendengar pula. Tidak ramai orang yang ingin berkongsi cerita tentang kegagalan sebagai motivasi. Kemungkinan kegagalan dilihat sebagai satu gambaran kelemahan. Memang benar, kita tidak selalu menceritakan cerita-cerita kegagalan peribadi secara terperinci, melainkan untuk kes-kes tertentu. Dan tujuan penceritaan tentang kegagalan tersebut ialah bagaimana kita melaluinya, menghadapinya, bertahan, jatuh dan kemudian bangun semula.
Tahun 2005 merupakan tahun tarbiyah dan pendidikan untuk saya. Ia merupakan tahun ujian buat saya. Boleh juga dianggap sebagai tahun dukacita. Ujian didatangkan Allah pada tahun itu secara berturut-turut satu demi satu. Dalam tempoh sepanjang kehidupan saya, tidak pernah saya mengambil masa yang lama untuk 'motivate' kembali semangat dan keyakinan diri yang hilang. Namun berbeza pada tahun tersebut, saya mengambil masa lebih dari 3 bulan untuk bangkit semula. Estim diri jatuh menjunam. Saya merasakan seolah-olah tidak memiliki apa-apa lagi ketika itu untuk bangkit dari kegagalan dan kekecewaan. Saya teringat pernah terbaca satu proverb Inggeris yang lebih kurang maksudnya berbunyi:
'Akan tiba masanya apabila anda percaya bahawa anda tidak memiliki apa-apa lagi, maka di situlah sebenarnya permulaannya"
Di penghujung tahun tersebut saya banyak bermuhasabah dan mengkoreksi diri. Memang benar, tidak semua impian dan cita-cita kita akan tercapai keseluruhannya. Meskipun telah kuat usaha demi usaha kita curahkan, maka tiada siapa yang mampu mengatasi kehendak takdir sekiranya itulah sebuah ketetapan. Usaha yang tinggi dengan harapan yang menggunung tanpa penyerahan sepenuhnya kepada Allah akan memberi tamparan yang hebat apabila kita ditakdirkan terpaksa menghadapi kegagalan. Kenyataannya, kegagalan besar amat sukar dihadapi oleh mereka yang menyimpan rekod kejayaan yang banyak dalam kehidupannya. Dan hanya kegagalan besar mampu mengajarnya erti redha di atas ketentuan. Redha bukanlah bermakna berputus-asa dan berhenti. Redha bererti dia perlu menerima ketentuan ini dengan hati yang lapang dan bersangka baik kepada Allah Taala. Adapun usaha untuk bangun berjuang perlu diteruskan, meskipun telah jatuh atau terjatuh berkali-kali. Ahli falsafah Cina kalau tak silap saya ada menyebut dalam terjemahan Inggerisnya berbunyi:
"Our greatest glory is not in never falling but in rising every time we fall."
Kejayaan kita yang terhebat bukanlah kerana kita tidak pernah terjatuh, tetapi sentiasa bangkit setiap kali kita jatuh. Itulah sebenarnya motivasi yang tidak difahami oleh kebanyakan orang apabila berbicara tentang motivasi. Kebanyakan orang menganggap motivasi itu cuma perihal kejayaan-kejayaan semata-mata. Sebab itu apabila seorang juniour sekolah saya yang ditakdirkan gagal dalam percubaannya memulakan perniagaan datang bertemu saya untuk berkongsi pengalaman, dia menceritakan bahawa keinginan yang kuat untuk mengambil risiko sebahagiannya datang dari pembacaannya terhadap sebuah buku yang bertajuk 'Dare To Fail' (berani untuk gagal), maka saya memintanya supaya membacanya semula.
(Rujuk: http://notefrommydesk.blogspot.com/2012/10/dare-to-fail-yang-menjadi-kenyataan.html)
(Rujuk: http://notefrommydesk.blogspot.com/2012/10/dare-to-fail-yang-menjadi-kenyataan.html)
Hakikatnya dia tidak memahami sepenuhnya apakah maksud buku tersebut. Kemungkinan dia cuma berjaya memahami separuh maksud iaitu apa itu 'Berani' tetapi belum berjaya memahami maksud 'Untuk Gagal'. Maka adalah silap untuk membuat anggapan bahawa setiap percaturan berani itu akan menghasilkan kejayaan semata-mata. Berani itu ada kaitanya dengan sifat optimis atau keyakinan diri. Dan saya percaya sekiranya sifat optimis ini dibina atas 'Keimanan Yang Kental' maka ia memberikan satu energi yang luar dari biasa.
Bukankah tuhan pernah berfirman yang mafhumnya:
Dan mafhum firmannya lagi yg berbunyi:
Hakikat ujian yang datang silih berganti ini dalam kehidupan ini perlu diakui. Sekiranya ada yang menyatakan bahawa ujian-ujian yang didatangkan oleh Allah s.w.t ini boleh membentuk kekuatan dalaman, maka saya bersetuju dengannya. Ujian berbentuk kehilangan demi kehilangan orang yang disayangi dan rasa ingin kita bergantung harap padanya umpamanya, akan membentuk pergantungan penuh kepada Ilahi. Ini dapat dipelajari dari sirah Rasulullah sallallah 'alaihi wasallam. Apabila Allah ingin menguatkan hati baginda Rasul. Allah melahirkan baginda dalam keadaan yatim tidak berayah. Kemudian Baginda kehilangan ibunya. Kemudian pakciknya yang disayangi. Dan seterusnya Khadijah isterinya yang banyak berkorban untuknya. Itu antara kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji sirah baginda nabi.
Orang berkata motivasi tidak akan mampu bertahan lama, seperti mandi. Atas sebab itu kita harus melakukannya setiap hari. Begitu juga tazkirah keimanan, atau sekiranya kita suka kita boleh menamakannya motivasi keimanan. Namun kebelakangan ini sukar untuk kita bertemu dengan tazkirah-tazkirah yang sebegini. Tazkirah yang lahir dari hati orang-orang yang jujur pada dirinya dan tuhannya. Cuma baru-baru ini hati saya tersentuh mendengar satu slot ceramah yang disampaikan oleh seseorang. Ia membuatkan saya rindukan tazkirah-tazkirah yang pernah dinikmati sekitar 10 tahun yang lalu bersama sahabat-sahabat seperjuangan dulu.
Sekiranya anda berkesempatan untuk bertemu dengan orang-orang yang seperti itu. Hayatilah satu santapan pengisian rohani yang biasa isinya tetapi dengan penghayatan dan nilai yang berbeza. Sekiranya anda memiliki deria jiwa yang halus untuk merasai lazatnya tazkirah tersebut, maka anda mungkin menikmatinya dengan penuh keinsafan dan linangan air mata. Dalam hidup ini saya pernah bertemu dengan orang-orang yang sebegitu. Orang yang dilihat wajahnya sahaja terasa ingin melakukan ketaatan dan meninggalkan kemaksiatan. Orang yang dilihat wajahnya sahaja terasa hampirnya akhirat. Orang yang dilihat wajahnya sahaja terasa ingin menyerahkan sepenuh jiwa dan raga untuk Allah dan Rasul-Nya. Betullah apa yang pernah diulang-ulang oleh pensyarah matapelajaran Adab saya ketika di tahun empat Universiti dahulu:
Tentunya tahun yang akan berlalu tidak berapa lama lagi akan meninggalkan pelbagai kenangan dan pengalaman, samada yang manis atau pahit buat kita. Jadikanlah yang manis-manis itu sebagai penyuntik semangat, dan yang pahit pula sebagai 'dos', untuk menambah kekuatan dalaman bagi menghadapi hari-hari yang mendatang. Sesekali diuji, baru Kita menyedari, bahawa kita sebenarnya masih lemah pergantungannya terhadap Ilahi
"Dia yang menciptakan kematian dan kehidupan adalah dengan tujuan untuk menguji kamu semua siapakah yang paling baik amalannya" (al-Mulk)
Dan mafhum firmannya lagi yg berbunyi:
"Dan akan Kami uji kamu semua dengan sesuatu yang berupa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda, nyawa, dan buah-buahan, dan berilah berita gembira buat mereka yang sabar" (al-Baqarah)
Hakikat ujian yang datang silih berganti ini dalam kehidupan ini perlu diakui. Sekiranya ada yang menyatakan bahawa ujian-ujian yang didatangkan oleh Allah s.w.t ini boleh membentuk kekuatan dalaman, maka saya bersetuju dengannya. Ujian berbentuk kehilangan demi kehilangan orang yang disayangi dan rasa ingin kita bergantung harap padanya umpamanya, akan membentuk pergantungan penuh kepada Ilahi. Ini dapat dipelajari dari sirah Rasulullah sallallah 'alaihi wasallam. Apabila Allah ingin menguatkan hati baginda Rasul. Allah melahirkan baginda dalam keadaan yatim tidak berayah. Kemudian Baginda kehilangan ibunya. Kemudian pakciknya yang disayangi. Dan seterusnya Khadijah isterinya yang banyak berkorban untuknya. Itu antara kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji sirah baginda nabi.
Orang berkata motivasi tidak akan mampu bertahan lama, seperti mandi. Atas sebab itu kita harus melakukannya setiap hari. Begitu juga tazkirah keimanan, atau sekiranya kita suka kita boleh menamakannya motivasi keimanan. Namun kebelakangan ini sukar untuk kita bertemu dengan tazkirah-tazkirah yang sebegini. Tazkirah yang lahir dari hati orang-orang yang jujur pada dirinya dan tuhannya. Cuma baru-baru ini hati saya tersentuh mendengar satu slot ceramah yang disampaikan oleh seseorang. Ia membuatkan saya rindukan tazkirah-tazkirah yang pernah dinikmati sekitar 10 tahun yang lalu bersama sahabat-sahabat seperjuangan dulu.
Sekiranya anda berkesempatan untuk bertemu dengan orang-orang yang seperti itu. Hayatilah satu santapan pengisian rohani yang biasa isinya tetapi dengan penghayatan dan nilai yang berbeza. Sekiranya anda memiliki deria jiwa yang halus untuk merasai lazatnya tazkirah tersebut, maka anda mungkin menikmatinya dengan penuh keinsafan dan linangan air mata. Dalam hidup ini saya pernah bertemu dengan orang-orang yang sebegitu. Orang yang dilihat wajahnya sahaja terasa ingin melakukan ketaatan dan meninggalkan kemaksiatan. Orang yang dilihat wajahnya sahaja terasa hampirnya akhirat. Orang yang dilihat wajahnya sahaja terasa ingin menyerahkan sepenuh jiwa dan raga untuk Allah dan Rasul-Nya. Betullah apa yang pernah diulang-ulang oleh pensyarah matapelajaran Adab saya ketika di tahun empat Universiti dahulu:
"Apa yang keluar dari hati, akan menusuk ke hati juga"
Tentunya tahun yang akan berlalu tidak berapa lama lagi akan meninggalkan pelbagai kenangan dan pengalaman, samada yang manis atau pahit buat kita. Jadikanlah yang manis-manis itu sebagai penyuntik semangat, dan yang pahit pula sebagai 'dos', untuk menambah kekuatan dalaman bagi menghadapi hari-hari yang mendatang. Sesekali diuji, baru Kita menyedari, bahawa kita sebenarnya masih lemah pergantungannya terhadap Ilahi
0 comments:
Post a Comment